8 tahun jadi anggota bomba bantu Hisyam Hamid dalam filem ‘Hero’ - Berita Hiburan | mStar

8 tahun jadi anggota bomba bantu Hisyam Hamid dalam filem ‘Hero’

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 6:10 AM

Hisyam Hamid memegang watak sebagai Zafril dalam filem mengangkat tentang anggota bomba iaitu Hero.

(Ubah saiz teks)

PENGALAMAN selama lapan tahun sebagai anggota bomba di Singapura memberi kelebihan kepada pelakon Hisyam Hamid untuk digunakan bagi menjayakan wataknya dalam filem Hero.

Hisyam yang menggalas peranan utama filem itu memberitahu ia banyak membantu dia untuk berasa lebih selesa ketika di set penggambaran terutamanya pada babak yang memerlukan kemahiran teknikal sebagai anggota bomba.

“Terus terang saya katakan antara sebab saya terima tawaran filem ini kerana tugas sebagai ahli bomba itu sentiasa berada dekat di hati saya.

Hisyam bergandingan dengan Mark Adam.

“Ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada saya kerana sudah biasa dengan peralatan dan cara tugas sebagai ahli bomba yang dapat membantu lakonan saya, katanya kepada mStar Online.

Hisyam ditemui ketika berada di lokasi penggambaran filem Hero yang diadakan di Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah di sini, Selasa lalu.

Filem terbitan NS Star Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mark Adam, Bell Ngasri, Syafiq Farhain, Elisha Sandha, Tash Yong dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Sebuah filem aksi komedi, Hero mengangkat kisah mengenai anggota bomba dan ia dijangka menemui penonton pada tahun hadapan.

Barisan pelakon filem Hero yang bakal menemui penonton tahun hadapan.

Dalam pada itu, Hisyam memberitahu dia juga senang bekerjasama dengan anggota bomba sebenar yang turut terlibat dengan filem ini kerana merasakan dia sebahagian daripada mereka.

“Bukan sahaja dengan pelakon lain berasa seronok tetapi anggota sebenar yang turut terlibat... Mungkin sebab saya pernah bekerja dalam bidang ini jadi kami ‘sekepala’.

“Ia juga banyak mengimbah memori ketika bertugas di Singapura dahulu, ujarnya.

Hisyam sedang bersiap sedia sebelum memulakan penggambaran.

Pernah membintangi drama bersiri Abang Bomba I Love You, Hisyam tidak melihat ia sebagai stereotaip kerana ia mengangkat genre berbeza.

“Kalau drama itu ia lebih kepada romantik tetapi Hero ia adalah sebuah filem aksi yang disuntik sedikit elemen komedi.

“Jadi kalau orang nak labelkan saya sebagai pelakon stereotaip itu tidak benar kerana ia adalah dua naskhah berbeza,” jelasnya.

Teruja dapat menggalas sebagai pelakon utama, Hisyam meletakkan harapan tinggi agat filem tersebut mendapat sambutan hebat penonton apabila ia ditayangkan kelak.

Tags / Kata Kunci: Hisyam Hamid , Hero
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan