Aishah tetap enggan minta maaf! Dah berlian palsu... ia tetap palsu - Berita Hiburan | mStar

Aishah tetap enggan minta maaf! Dah berlian palsu... ia tetap palsu

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2018 5:15 PM

Aishah tidak akan minta maaf kepada Vida.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Aishah menegaskan tiada sebab dia ingin meminta maaf kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman seperti yang dituntut wanita itu.

Aishah berkata, kenyataan berlian palsu tersebut dibuat selepas mendapat pengesahan daripada pakar gemologi.

"Tak ada sebab saya nak minta maaf kerana sememangnya barang kemas yang saya dapat adalah berlian palsu. Bukan lab diamond bukan mossainite swiss diamond tetapi Swarovski cubic zirconia.

"Mana mungkin saya tarik balik kenyataan berlian palsu itu sedangkan pakar gemologi telah pun mengesahkannya," ujar Aishah kepada mStar Online pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkataan berlian palsu dijaja Aishah musnahkan semua bisnes Vida

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai bila nak tipu artis? Aishah beri Vida 1 minggu!


Aishah mengulas tentang tuntutan Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) dalam sidang media yang diadakan pada Selasa.

Vida menuntut penyanyi Aishah supaya membuat permohonan maaf kerana menggunakan perkataan 'berlian palsu' terhadap barang kemas tersebut.

Beliau berkata perkataan 'berlian palsu' itu telah memberi impak besar kepada perniagaannya.

Dalam pada itu Aishah berkata, dia tidak akan menarik balik kenyataan itu berikutan ia merupakan perjuangan yang melibatkan maruah anak seni.

Katanya, program realiti Ggear Vaganza yang disertai itu bersifat menang-menang antara penaja dan artis.

"Di mana integriti dan kredibiliti saya seandainya saya menarik balik kenyataan yang benar hanya kerana dia menawarkan barang kemas yang tak palsu.

"Ini melibatkan maruah kami sebagai anak seni, kami punya bakat dan kebolehan yang org lain tak ada. Penaja ada duit untuk menaja program.

"Saling memerlukan situasi menang-menang apabila perkhidmatan kami buat sebaik mungkin dan pihak penaja sudah mendapat liputan yang meluas untuk produk mereka. Jadi mereka kenalah tunaikan ganjaran yang dijanjikan," ujarnya.

Tambah Aishah, sebagai artis berpengalaman, dia berhak bersuara dan mempertahankan perkara itu.

Menurutnya, jika perkara itu didiamkan dan akan berterusan serta merosakkan industri itu sendiri.

"Isunya sangat mudah, seandainya sebagai artis senior macam saya tak pertahankan hak kami maka itu bermakna kita sudah memberi lampu hijau untuk penaja overclaim dan iklankan hadiah yg bunyinya gah tapi akhirnya artis yang dah diperah kudrat dan bakatnya gigit jari.

"Bila bersuara dihentam sebagai tidak bersyukur. Pengajarannya penaja sila kotakan janji-janji mereka di atas pentas selepas pertandingan... itu saja!," ujarnya.

Jumaat lalu Aishah dalam satu sidang media khas memberi tempoh seminggu kepada Vida membuat permohonan maaf secara terbuka.

Aishah menerusi peguamnya Mohammad Izwan Azmi, berkata, ahli perniagaan tersebut perlu bertanggungjawab terhadap hadiah yang dihebohkan.

Tags / Kata Kunci: Aishah , GV4 , DSV , Vida , Gegar Vaganza
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan