Aliff Aziz hilang 1 juta pengikut - Berita Hiburan | mStar

Aliff Aziz hilang 1 juta pengikut

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2018 12:14 PM

Aliff bersama isteri dan anaknya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz kehilangan 1 juta pengikut selepas laman sosial Instagram miliknya @aliffaziz91 digodam individu tidak bertanggungjawab.

Aliff menerusi Twitter meminta peminat untuk mengikut akaun baharu miliknya iaitu @aliffazizofficial yang diwujudkan pada Jumaat.

"Akaun Instagram lama saya digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Ini akaun baru saya di Instagram. Tunjukkan rasa kasih sayang dan sokongan anda kepada akaun baru saya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video isteri bersalin...

ARTIKEL BERKAITAN:“Duit RM1,500 tak boleh beli kereta Kancil pun” - Aliff Aziz akan jelaskan isu songlap duit

Status Aliff di laman Twitter.

Menerusi akaun lama, Aliff turut kehilangan lebih 1000 keping foto dan video peribadi yang dikongsi di laman sosial berkenaan. 

Selain itu, pelakon drama Meh Sandar Pada Aku ini berkata, dia percaya perkara yang berlaku itu mempunyai hikmah tersendiri.

"Takpa pasti ada hikmah tersendiri," ujarnya.

Akaun Instagram Aliff yang baharu.

Tags / Kata Kunci: Aliff Aziz
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan