“Saya nak tahu alasan dia nak cerai, saya dah izin dia kahwin lain” - Deja Moss - Berita Hiburan | mStar

“Saya nak tahu alasan dia nak cerai, saya dah izin dia kahwin lain” - Deja Moss

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2018 6:30 AM

Deja Moss ingin tahu alasan suami untuk bercerai.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Deja Moss berasa kecewa apabila tidak mendapat penjelasan dan alasan suaminya mahu rumah tangga yang dibina 10 tahun itu ditamatkan dengan perceraian.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, berkata, usaha menyelamatkan rumah tangga itu menerusi jawatankuasa pendamai (JKP) menemui jalan buntu ekoran suaminya tidak mahu berbaik-baik.

"Saya sebenarnya sudah lama reda tapi saya nak tahu kenapa dia sudah tak mahu saya? Kenapa keluar rumah macam itu sahaja? Saya sudah izinkan dia kahwin lagi kenapa tak nak dan mahu bercerai? 

"Sebagai perempuan sudah tentu saya mahu tahu alasan sebab apa. Kalau nak kahwin lain saya rela bermadu,” ujarnya kepada mStar Online.


Deja Moss ditemui selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Isnin.

Mahkamah menetapkan 24 Oktober depan bagi lafaz cerai dilakukan suaminya Azfendy Azzuddin Ahmad.

Hakim Syarie Noranizan Mohd. Sufian membuat keputusan itu selepas mendengar keseluruhan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga pasangan itu.

Pada masa sama, tarikh itu juga ditetapkan apabila Deja selaku defendan berada dalam keadaan tidak suci ketika ini.

Dalam pada itu, Deja berkata, hubungan dengan suaminya berjalan lancar sebelum Azfendy bertindak keluar dari kediaman mereka setahun lalu.

"Saya tidak tahu puncanya kerana sebelum dia keluar rumah itu hubungan kami baik. Sebulan lepas dia keluar, dia mula mesej saya bukan-bukan.

"Lepas itu dia block saya dan ketika itu barulah saya fikir bahawa ada yang tak kena dengan dia,” ujarnya.

Pada 5 Mac lalu, Azfendy memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Deja.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 tanpa dikurniakan anak.

Tags / Kata Kunci: Deja Moss
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan