Sufian Suhaimi mahu 'tinggalkan' Malaysia, tapi bukan nak larikan diri - Berita Hiburan | mStar

Sufian Suhaimi mahu 'tinggalkan' Malaysia, tapi bukan nak larikan diri

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2018 6:30 AM

Sufian mahu ke Indonesia untuk merasai suasana yang berbeza.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui berasa terkesan apabila masih ada pihak yang mengaitkan dirinya dengan kisah cinta terdahulu.

Sufian, berkata dia mahu meninggalkan Malaysia buat sementara waktu untuk merasai suasana yang berbeza.

Menurut pemuda berusia 26 tahun ini, dia akan ke Indonesia selama seminggu dalam masa terdekat untuk mempromosikan lagu Dimatamu.

"Sebenarnya dah lama bercita-cita nak pergi Indonesia. Kalau ikutkan itu impian semua penyanyi. Saya ada suarakan hasrat itu kepada syarikat pengurusan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tahniah semoga sampai syurga...," komen ikhlas Sufian mengenai pertunangan Elfira


Sufian terkesan masih ada pihak yang mengaitkan dia dengan kisah cinta terdahulu.

"Saya rasa perlu keluar dari Malaysia buat sementara waktu ini. Bukan larikan diri tapi nak rasai suasana yang berbeza.

"Sebab akhir-akhir ini, saya agak terkesan apabila orang masih mengaitkan saya dengan orang yang pernah ada kaitan tapi benda itu dah berlalu," kata Sufian kepada mStar Online.

Sufian ditemui ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sebelum ini, kisah berakhirnya pertunangan Sufian dengan pelakon Elfira Loy mendapat perhatian umum.

Malah, nama Sufian sekali lagi dikaitkan apabila berita Elfira sudah mengikat tali pertunangan dengan lelaki bernama Faris Anuar baru-baru ini.

Sufian akan berada di Indonesia selama seminggu.

Dalam pada itu, selain mempromosikan single ketiganya itu, Sufian bakal berkolaborasi dengan band wanita Indonesia, Shima menerusi lagu Berteman Sahaja.

"Berdebar juga nak tunggu macam mana pendengar di Indonesia terima lagu Dimatamu.

"Tapi alhamdulillah dah ada beberapa stesen radio di sana meletakkan lagu saya itu antara top 10 dalam carta mereka.

"Selain promosi lagu, saya juga akan merakam sebuah lagu berjudul Berteman Sahaja dengan band wanita di Indonesia iaitu Shima," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Sufian Suhaimi , Elfira Loy
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan