“Jangan ambil hati soalan macam tu” - Mawar Karim - Berita Hiburan | mStar

“Jangan ambil hati soalan macam tu” - Mawar Karim

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2018 6:15 AM

Fizo dan isteri Mawar Karim. Foto Instagram @mawar_karim

(Ubah saiz teks)

ISTERI kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim berharap pasangan yang masih belum memiliki zuriat tidak berkecil hati dengan orang sekeliling yang sering bertanyakan tentang hal tersebut.

Mawar, 29, berkata dia pernah dihujani soalan-soalan seperti itu, namun tidak pernah berasa tertekan dengannya.

"Bila orang jumpa kita mungkin dah tak tahu nak tanya apa dekat kita, tu saja lah, kalau belum kahwin bila nak kahwin, dah kahwin bila nak ada anak, dah ada anak bila nak tambah anak.

"Selalunya keluarga kita tak pernah tanya, yang tanya orang yang jarang jumpa kita, jangan ambil hati soalan-soalan macam tu," katanya.

Mawar menjawab pertanyaan seorang pengikut di Instagram.

Mawar menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instagram yang meminta pandangannya ketika berdepan soalan mengenai anak, ketika dia belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

Pengasas tudung Fareeda ini bagaimanapun kini telah dikurniakan seorang puteri bernama Wan Maryam yang lahir pada 29 Disember 2017.

Mawar dan Fizo, 32, berkahwin pada 10 November 2013.

Fizo dan Mawar bersama anak sulung mereka, Maryam yang kini berusia sembilan bulan.

Pasangan ini mendapatkan rawatan kesuburan pada 6 Januari 2016 selepas berkahwin lebih dari dua tahun.

Sementara itu, Mawar menganggap soalan peribadi itu merupakan topik awal sebelum memulakan perbualan.

"Soalan-soalan macam itu anggap mereka sahaja tanya, tu mungkin tak tahu nak sembang apa dengan kita.

"Saya tak pernah ambil hati pun cuma jangan tanya bila nak mati, itu mak pun tak tahu dik yang pasti, jodoh, ajal, maut semua ketentuan Allah," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fizo Omar , Mawar Karim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan