Fieya Julia masih 'single', video baju kahwin bukan gimik lagu baharu! - Berita Hiburan | mStar

Fieya Julia masih 'single', video baju kahwin bukan gimik lagu baharu!

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2018 1:03 PM

Fieya menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Irfan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Fieya Julia memohon maaf selepas video dia dan penyanyi baharu Alieff Irfan memakai baju kahwin menimbulkan salah faham dalam kalangan peminatnya.

Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali, 19, berkata dia tidak mempunyai niat untuk melakukan sebarang gimik untuk mempromosi lagu terbaharunya, Perasaanku.

"Hai semua! Maaf sebab beberapa hari ini Fieya sibuk. Okey di sini Fieya nak jelaskan pada semua orang fasal video tiktok yang Fieya & @irfxn_ baru post di Instagram dua hari lepas.

"Pertama kami nak minta maaf sebab buat ramai orang bertanya-tanya. Okey, kami pakai baju kahwin bukan sebab kami betul-betul kahwin ataupun ada apa-apa hubungan yang anda semua tidak tahu.

Fieya jelaskan hubungan dia dan Irfan.

"Kami cuma berkawan sahaja dan kami juga tak ada maksud nak buat GIMIK," kata Fiesya menerusi laman sosialnya.

Video yang dimuat naik beberapa hari lalu itu membuatkan ramai peminat menyangkakan Fieya dan Irfan sudah pun melangsungkan perkahwinan.

Dalam pada itu, Fieya menyedari ramai pihak yang tersalah anggap apabila melihat video tersebut sehingga mereka membuat andaian sendiri biarpun dia belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kata Fieya, video itu merupakan salah satu babak yang akan dimasukkan ke dalam video muzik lagunya.

Video Fieya dan Irfan yang menimbulkan salah faham antara peminatnya.

"Saya sendiri pun belum beritahu apa-apa tentang video tu. Tapi ramai yang salah faham dan membuat andaian sendiri.

"Bagaimanapun, buat pengetahuan semua, kami sudah mula penggambaran klip video single pertama Fieya #perasaanku, dan pakaian kahwin adalah salah satu babak yang muncul dalam MV Fieya nanti.

"Jadi Fieya harap mendapat sokongan anda semua. Jangan risau sayang semua, kami masing-masing masih single tau!" katanya.

Tags / Kata Kunci: Fieya Julia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan