‘Anta Permana’ usaha Siti Nurhaliza kembalikan perkataan Melayu klasik - Berita Hiburan | mStar

‘Anta Permana’ usaha Siti Nurhaliza kembalikan perkataan Melayu klasik

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2018 6:00 AM

Single terbaharu daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudl Anta Permana dilancarkan pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kembali dengan single terbaharunya berjudul Anta Permana pada Jumaat hasil ciptaan dua komposer muda, Hael Husaini dan Ezra Kong.

Siti menerusi kenyataan kepada mStar memberitahu Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu Klasik yang membawa maksud tidak terkira atau infiniti.

Jelasnya penyanyi berusia 39 tahun ini, pemilihan judul lagu ini selain maknanya bertepatan lirik, beliau ingin memperkenalkan kembali perkataan Melayu Klasik yang jarang digunakan dalam kalangan generasi muda.

"Ia mengisahkah cinta sejati yang tiada bandingannya dan pemilihan judul lagu ini selain maknanya bertepatan lirik, saya ingin memperkenalkan kembali perkataan Melayu Klasik yang jarang digunakan.

Anta Permana hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

"Saya menaruh harapan yang tinggi dengan kemunculan single terbaru ini dan berharap agar para peminat muzik tempatan akan menyukainya.

Mengimbau idea kolaborasi itu, Siti berkata, Hael menyatakan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya pada Februari lalu sebelum tertarik dengan demo yang dihantar kepadanya pada Mei lalu.

"Saya tertarik dengan lagu ciptaan Hael dan Ezra ini sewaktu pertama kali mendengarnya. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju merakamkan lagu itu kerana yakin dengan bakat dimiliki oleh dua komposer muda ini," katanya.

Anta Permana boleh dimuat turun di semua platform digital.

Siti menyifatkan Anta Permana adalah sebuah lagu yang segar, mesra telinga (catchy) serta ada keunikan dengan gabungan muzik moden dan klasik.

Sementara itu, Siti  juga telah menjalani penggambaran muzik video yang diarahkan oleh Rifaiee Omar dari Rio Films Production.

Muzik video ini dijangka akan boleh ditonton di youtube Vevo DatoSNurhalizaVEVO bermula minggu hadapan.

Ana Permana kini boleh dimuat turun di semua platform digital seperti Apple Music (iTunes), Spotify, Joox dan KKBox.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza , Ana Permana
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan