“Tak baiklah guna gambar orang macam tu” – Sherry Ibrahim - Berita Hiburan | mStar

“Tak baiklah guna gambar orang macam tu” – Sherry Ibrahim

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2018 6:00 AM

Peniaga atas talian mesti mendapatkan kebenaran pengguna jika ingin menggunakan wajah mereka. Foto Instagram @sherryibrahim

(Ubah saiz teks)

PELAKON Sherry Ibrahim meminta peniaga atas talian bersikap jujur dan tidak menggunakan wajah mana-mana individu tanpa kebenaran terlebih dahulu.

Menurut Sherry, 34, tindakan tersebut dirasakan tidak bertanggungjawab kerana ia seolah-olah menipu pembeli lain.

"Saya rasa peniaga Instagram atau yang nak buat bisnes tak baiklah guna gambar orang macam tu, nanti apa orang kata pula!

"Saya post tentang hal ini sebab saya tak beli cermin mata daripada penjual tersebut," katanya merujuk kepada paparan skrin yang diambil daripada satu akaun di Instagram yang menggunakan wajahnya menggayakan aksesori yang dijual peniaga tersebut.

Sherry berkongsi rasa kurang senang apabila gambarnya digunakan oleh satu peniaga atas talian.

Pelakon drama Syurga Yang Kedua ini menjelaskan mengenai perkara tersebut berikutan ada penjual secara atas talian yang menggunakan fotonya tanpa kebenaran.

Dalam pada itu, Sherry berkata, sebagai peniaga mereka haruslah mendapatkan kebenaran daripada pembeli sebelum menggunakan gambar tersebut.

Malah, dia yang juga seorang usahawan mengeluarkan belanja dengan membayar model-model yang digunakan untuk mempromosikan produknya.

"Kita minta izin pelanggan dahulu sebelum guna. Macam saya, saya bayar model-model untuk produk dan bukan guna percuma semudah itu ambil muka mereka.

"Kalau nak berniaga buat secara baik atau secara halal dalam Islam, nanti susah nak maju dan kaya. Jadi, fikir dulu sebelum buat," luahnya di laman tersebut.

Tags / Kata Kunci: Sherry Ibrahim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan