Tak sangka... Maya Karin hilang kata-kata! - Berita Hiburan | mStar

Tak sangka... Maya Karin hilang kata-kata!

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2018 6:00 AM

Maya Karin berbangga dengan sambutan penonton terhadap Munafik 2.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Maya Karin mengakui hilang kata-kata dan tidak menyangka filem lakonannya, Munafik 2 menerima sambutan hebat penonton.

Maya, 39, memberitahu dia masih teringat kesusahan dan kepayahan sepanjang menjalani penggambaran filem tersebut pada tahun lalu.

"Saya dah hilang kata-kata dengan sambutan untuk Munafik 2, teringat masa kami semua berjuang untuk penggambaran tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Karin 'muntah darah' dalam set Meletop

ARTIKEL BERKAITAN: 'Munafik 2' atasi 'HKL', pecah rekod RM40 juta

"Abang-abang kru semua bekerja sepanjang masa, sampai pukul 7 pagi berperang (penggambaran) dan redah kesesakkan jalan pada waktu pagi sebelum nak ganti tidur untuk shooting seterusnya pula," katanya menerusi laman Instagram.

Maya teruja dan gembira dengan sambutan penonton.

Dalam pada itu, Maya berkata bukan mudah untuk berkerja dengan pengarah filem tersebut iaitu Syamsul Yusof.

Pada Ahad lalu, Munafik 2 memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan iaitu sebanyak RM40 juta dalam tempoh 17 hari ditayangkan.

Syamsul yang mengumumkan perkara itu mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada penonton yang memberi sokongan kepada filem berkenaan.

"Mencecah kutipan RM40 juta hanya dalam 17 hari tayangan. Suatu fenomena luar biasa sinema Malaysia. Bukan mudah untuk filem Melayu capai ke tahap ini iaitu tsunami filem Melayu.

"Alhamdulillah & terima kasih. Majulah industri filem Malaysia," ujarnya.

Selain Maya Karin dan Syamsul Yusof, filem ini turut dibintangi oleh Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.

Untuk rekod, filem Munafik pertama yang ditayangkan pada tahun 2016 berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta.

Filem terbitan Skop Productions dan President Productions ini menelan belanja sebanyak RM2.9 juta.

Tags / Kata Kunci: Maya Karin , Munafik 2
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan