“Penat kerja 22 jam tapi hasil kena curi” - Fendy Bakry - Berita Hiburan | mStar

“Penat kerja 22 jam tapi hasil kena curi” - Fendy Bakry

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2018 6:30 AM

Fendy Bakry luah rasa kesal.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Fendy Bakry kesal apabila telefilem lakonanya berjudul Kahwin-Kahwin telah dicuri dan ditayangkan secara langsung menerusi laman Facebook.

Fendy berkata, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak hanya untuk kepentingan tertentu tanpa mengira penat lelah mereka berkerja.

Malah pelakon yang popular dengan drama Mr Grey ini mengakui pernah bekerja lebih 22 jam untuk sebuah penggambaran drama.

"Bermula dari pengeluaran sebuah naskhah hinggalah divisualkan. Rata-rata pengiat seni yang memberi kerahan tenaga bukan la selama lapan jam mengikut akta pekerja buruh tapi kerahan tu boleh sampai ke 12 jam dua kali ganda dari penjawat awam berkerja.

"Saya sendiri pernah berkerja selama 22 jam," ujarnya.

Fendy Bakry aku pernah bekerja 22 jam.

Fendy meluahkan rasa kecewa apabila telefilem yang disiarkan di saluran Astro Citra pada Sabtu lalu diplagiat dan ditayangkan secara langsung di laman sosial.

Sementara itu, Fendy berkata, dia sedih apabila mengenangkan hasil kerja itu dicuri sewenang-wenangnya untuk kepentingan mereka.

"Mungkin setengah pihak hanya akan fikir kejayaan sebuah karya itu di hasilkan tapi tidak pernah untuk menitik beratkan penghasilan sebuah kejayaan itu,"

"Ini bukan ungkit-mengungkit tapi sedih bila kita tengok orang mencuri hasil karya kita dan dipamerkan tempat lain untuk meraih sesuatu buat kepentingan diri.

"Penat-penat kau buat tapi senang-senang orang ambil," katanya.

Tags / Kata Kunci: Fendy Bakry , Kahwin-Kahwin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan