Takut timbul fitnah... Atiq Azman elak kongsi gambar dengan perempuan! - Berita Hiburan | mStar

Takut timbul fitnah... Atiq Azman elak kongsi gambar dengan perempuan!

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2018 6:10 AM

Atiq bimbang perkongsian dilaman sosial mengundang kritikan netizen. Foto Instagram @therajaatiqullah

(Ubah saiz teks)

PELAKON baharu yang sedang meningkat naik, Atiq Azman menyatakan pendirian untuk tidak memuat naik foto berdua-duaan dengan wanita bukan mahram di laman sosial.

Atiq Azman atau nama sebenar Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 18, berkata tindakannya itu adalah kerana bimbang perkongsian tersebut akan menimbulkan fitnah dan salah faham dalam kalangan pengikutnya.

"Bergelar selebriti, apa sahaja yang kita lakukan menjadi perhatian masyarakat dan kerana itulah saya letakkan batas untuk tidak berkongsi gambar berdua-duaan dengan mana-mana wanita di laman sosial terutamanya Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Nur’ - Atiq Azman bermula dari kedai sotong goreng

Atiq bimbang perkongsian di laman sosial menimbulkan salah faham sehingga mendapat kecaman netizen.

"Ini kerana saya risau jika perkongsian itu nanti akan menimbulkan fitnah sehingga mengundang kecaman netizen.

"Tetapi jika bergambar beramai-ramai tidak mengapa dan tak ada masalah, boleh sahaja kongsi di laman sosial!," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai kuasa viral yang mampu melonjakkan populariti seseorang selebriti, Atiq berasakan ia patut digunakan secara bijak dan berhemah.

Atiq mula dikenali menerusi drama Nur.

Ujar pelakon drama Nur ini, dia sebolehnya tidak mahu terpalit dengan kontroversi murahan semata-mata ingin cepat popular.

"Sebelum buat sesuatu kita kena tengok niat kita dahulu dan rasanya tak perlu buat benda yang mengarut untuk cepat popular.

"Saya rasa kuasa viral itu bagus tetapi haruslah digunakan dengan bijak dan bukan untuk perkara yang memalukan.

"Sejujurnya, saya lebih selesa jika naik dengan cara bersih dan tak mahu ada isu atau kontroversi panas semata-mata nak popular dalam masa yang singkat," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Raja Atiqullah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan