Setiap orang ada cita rasa berbeza - Daiyan Trisha - Berita Hiburan | mStar

Setiap orang ada cita rasa berbeza - Daiyan Trisha

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2018 6:00 AM

Daiyan tidak marah dengan status netizen yang mempersoalkan bakat nyanyiannya. Foto: IZZRAFIQ ALIAS.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Daiyan Trisha mengakui ada membaca status pemilik akaun laman Twitter bernama Shafiq Daniel yang mempertikaikan bakat nyanyiannya.

Daiyan, 25, berkata dia tidak berasa marah dengan individu itu kerana beranggapan setiap orang mempunyai cita rasa dan pandang berbeza.

"Saya ada baca status itu tapi tak berasa marah pun dengan apa yang dia katakan. Setiap orang ada citarasa dan pandangan masing-masing.

"Bagi saya, dia tak tahu macam mana perjalanan karier saya. Kalau nak diikutkan, saya bukan sekadar penyanyi sahaja tapi saya main muzik dan buat lirik sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tekaan Daiyan Trisha berkahwin meleset, rupa-rupanya gimik lancar lagu


Status yang dimuat naik netizen mempertikaikan bakat nyanyian Daiyan.

"Malah, saya juga letakkan sepenuhnya kerja keras sendiri dalam setiap karya saya," kata Daiyan kepada mStar Online.

Menurut akaun tersebut, dia mempersoalkan rakyat Malaysia seakan tidak mempunyai citarasa yang bagus apabila meminati Daiyan.

Individu tersebut turut membuat perbandingan antara Daiyan dengan penyanyi Yuna yang dikatakan lebih banyak menerima kecaman.

Penyanyi lagu Langit ini tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana dia juga ada menerima banyak kritikan negatif.

"Saya cuma tak setuju dengan kenyataan dan perbandingan dengan Yuna. Saya juga ada menerima banyak kecaman.

Daiyan menerima kecaman selepas kontroversi gimik lagu terbaharunya.

"Lagi-lagi selepas kontroversi gimik saya nak kahwin itu. Sedangkan saya tak rancang pun gimik tu," ujarnya.

Sebelum ini, pelakon filem Buskers ini dikatakan sengaja mencipta gimik kononnya bakal berkahwin sedangkan dia hanya ingin mengeluarkan lagu terbaharu.

Tindakannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang kurang senang dengan cara promosi yang digunakannya.

Bagaimanapun, Daiyan memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan ingin berkahwin dan tidak pernah merancang untuk melakukan sebarang gimik untuk lagu terbaharunya.

Tags / Kata Kunci: Daiyan Trisha
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan