Cabaran baharu Harris Baba selepas dapat anak lelaki - Berita Hiburan | mStar

Cabaran baharu Harris Baba selepas dapat anak lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2018 6:20 AM

Isteri Harris selamat melahirkan bayi kedua mereka pada 1 September lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Harris Baba berkongsi pengalaman dan cabaran baharu selepas menyambut kelahiran cahaya mata lelaki pada 1 September lalu.

Harris, 27, berkata dia kini mengambil tugas menjaga anak sulung, Aleena Ziya manakala anak keduanya itu dijaga oleh isterinya Nik Naziha Zawawi.

"Sebelum ini, isteri yang berjaga malam untuk beri susu kepada anak perempuan kami. Tapi sekarang, saya pula ambil alih tugasan itu.

"Pengalaman baru untuk saya sebab kena bangun awal pagi sebanyak tiga hingga enam kali untuk beri susu pada Aleena.

Harris dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Umar Baba.

"Ia adalah cabaran baharu tapi saya sangat gembira dan seronok melakukannya," kata Harris kepada mStar Online.

Isteri Harris selamat melahirkan anak kedua yang diberi nama Muhammad Umar Baba itu secara normal di Kota Kinabalu, Sabah pada 1.57 petang.

Penyanyi lagu Katakan itu mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang berasal dari Keningau, Sabah itu pada Mei 2016.

Pasangan ini sudah turut mempunyai seorang anak perempuan, Aleena yang kini berusia dua tahun.

Harris mengambil tugas menjaga anak perempuannya, Aleena.

Dalam pada itu, penyanyi berdarah kacukan Pakistan, Iran dan Cina itu meluahkan rasa syukur dan gembira apabila impian untuk memiliki anak lelaki termakbul.

"Saya sangat-sangat gembira sebab memang sudah menjadi impian saya untuk ada anak lelaki.

"Alhamdulillah untuk anak kedua saya dikurniakan bayi lelaki. Saya bersyukur sangat," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Harris Baba
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan