Anis Al-Idrus harap pembunuh kucing bunting dapat balasan - Berita Hiburan | mStar

Anis Al-Idrus harap pembunuh kucing bunting dapat balasan

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2018 6:06 AM

Anis harap dua pembunuh kucing itu mendapat balasan yang setimpal.

(Ubah saiz teks)

BERITA mengenai dua lelaki membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering di kedai dobi di Taman Gombak Ria pada Rabu lalu mendapat perhatian umum yang kesal dengan sikap kejam itu.

Penyanyi dan pengacara Anis Al-Idrus turut meluahkan rasa marah terhadap tindakan dua individu tersebut yang dianggap zalim.

Menurut Anis, dia berharap pembunuh kejam itu mendapat balasan di dunia setimpal dengan apa yang dilakukan terhadap kucing tersebut.

"Tak sanggup nak post gambar kucing yang kena bunuh dengan diletakkan dalam mesin pengering.

Anis berang dengan tindakan kejam dua lelaki bunuh kucing.

"Tapi saya harap dua ekor jaha*** (pesalah) tu dapat balasan di dunia ni yang setimpal dengan apa kucing tu rasa.

"Kalau aku jumpa kau pun meh sini aku letak dalam mesin pengering. Biar kau rasa," kata Anis menerusi Instastory miliknya.

Kejadian itu berlaku pada 12.30 tengah malam berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) kedai dobi tersebut dan turut dikongsi Persatuan Haiwan Malaysia.

Menerusi video berdurasi selama dua minit 50 saat itu memperlihatkan dua individu memasukkan kucing yang dipercayai bunting ke dalam mesin pengering.

Bangkai kucing tersebut ditemui seorang pelanggan dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan berlumuran darah.

Video yang memperlihatkan dua lelaki menyumbat seorang kucing dalam mesin pengering mendapat kecaman netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Guna ini memberitahu dia tidak boleh melihat orang yang bertindak kejam pada kucing.

"Haih apa punya manusia. orang yang bagi makan kat kucing kat atas jalan tar masa matahari tengah memancar pun aku boleh gaduh.

"Inikan pula yang macam ni. Jiran aku yang bergaduh fasal stray cats pun aku boleh ajak bertumbuk, yang ni tak ada hal lah!" katanya.

Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid meluahkan rasa sedih dan juga marah terhadap tindakan dua lelaki terbabit.

Menurutnya, pelaku yang tidak bertanggungjawab itu turut disifatkan mempunyai masalah mental sekali gus wajar menerima khidmat kaunseling.

Tags / Kata Kunci: Anis Al-Idrus
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan