Pelawak Acappan meninggal dunia - Berita Hiburan | mStar

Pelawak Acappan meninggal dunia

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2018 7:03 AM

Acappan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dunia hiburan bersedih apabila pelawak terkenal iaitu Acappan meninggal dunia pada Jumaat akibat kegagalan buah pinggang.

Menurut anaknya Yhuveneshwary, Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama dekat sini.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di rumah beliau kira-kira pukul 3 petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: "Hentikan Sebar Berita Tak Benar! Saya Belum Peluk Islam" - Acappan

Mendiang yang berasald ari Parit Buntar, Perak meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iatu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Acappan antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an dan dicungkil bakat menerusi rancangan siaran RTM iaitu Santan Berlada.

Dalam sitkom tersebut beliau bergandingan dengan pelakon Baharudin Darus, Khairul Azhar, Fauziah Nawi dan Ali Mamak.

Beliau juga pernah membintangi filem tempatan antaranya Mira Edora, Sejati, Adik, Rimba Malam, Sahabat, Simfoni Kasih, Suratan Kasih, Bisikan Kasih dan Ghazal Untuk Rabiah.

Tags / Kata Kunci: DIKEMAS KINI
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan