"Tak baik buat fitnah, saya bukan lagi artis" - Alif komen foto lucah mirip dirinya - Berita Hiburan | mStar

"Tak baik buat fitnah, saya bukan lagi artis" - Alif komen foto lucah mirip dirinya

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2018 6:30 AM

Alif Hassan nafi dirinya merupakan individu dalam foto lucah tersebar.

(Ubah saiz teks)

BEKAS vokalis kumpulan The Alif iaitu Aliff Hassan menafikan dirinya adalah individu dalam foto lucah yang tersebar di laman sosial Twitter sejak malam Isnin.

Alif berkata, dia tidak tahu motif sebenar pemilik akaun tersebut berbuat demikian berikutan dia sudah tidak aktif dalam industri selepas kumpulannya dibubarkan Mei lalu.

"Gambar itu bukan saya pun, saya lagi kacak dari dalam foto lucah itu.

"Takda kerja saya nak buat perkara tidak senonoh itu. Saya jarang baca media sosial jadi tidak tahu pula ada tersebar benda-benda sebegini,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: The Alif Sanggup Berhenti Kerja Jika Popular


Sebelum ini, foto lucah yang didakwa milik anak saudara kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dimuat naik sebuah akaun gosip di Twitter sejak Isnin lalu.

Dalam pada itu, Alif berkata, dia enggan melayan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya.

"Tak baik buat fitnah. Saya pun sudah bersara dari industri seni ni,” ujarnya.

Kumpulan The Alif yang ditubuhkan lapan tahun lalu itu mengumumkan pembubaran pada 18 Mei 2018 atas sebab tertentu.

Tags / Kata Kunci: Alif Hassan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan