Bront Palarae cedera otot kaki terkoyak - Berita Hiburan | mStar

Bront Palarae cedera otot kaki terkoyak

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2018 3:25 PM

Bront bertongkat ketika menghadiri tayangan perdana filem One Two Jaga.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan penerbit filem Bront Palarae terpaksa berkerusi roda dan bertongkat selepas mengalami kecederaan kaki ketika terbabit dengan penggambaran drama bersiri penyiasatan The Bridge di Johor Bharu pada Rabu.

Bront, 40, berkata, kecederaan itu dialami ketika menjayakan babak berlari dari kapal ke bumbung bangunan.

"Kru penggambaran terpaksa membawa saya untuk menjalani rawatan di Pusat Perubatan KPJ di Johor Bahru.

"Menerusi imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) doktor memberitahu bahawa otot betis kanan saya terkoyak dan meminta saya buat fisioterapi dan berehat selama dua minggu," katanya kepada mStar Online.

Bront komited dengan kerjaya lakonan.

Bront ditemui pada majlis pratonton filem One Two Jaga yang berlangsung di Damansara, di sini.

Bagaimanapun, Bront berkata, dia hanya dapat berehat selama lima hari kerana perlu menyelesaikan baki penggambaran siri itu.

"Doktor memberitahu dia hanya boleh berjalan selepas dua minggu boleh berjalan seperti biasa dan enam minggu baru boleh kembali melakonkan babak aksi.

"Ia adalah kecederaan yang paling teruk pernah dialami sepanjang terbabit dalam bidang lakonan. Ia adalah ujian yang perlu dilalui ketika sibuk mempromosikan filem One Two Jaga,"katanya.

Tags / Kata Kunci: Bront Palarae
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan