“Langsung tidak menghormati diri sendiri” - Amy Search tegur Aliff Syukri - Berita Hiburan | mStar

“Langsung tidak menghormati diri sendiri” - Amy Search tegur Aliff Syukri

Diterbitkan: Rabu, 22 Ogos 2018 12:35 PM

Penyanyi Amy Search menegur usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI legenda Amy Search tampil memberi teguran kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman susulan tindakannya memuatnaik video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikan di Instagram baru-baru ini.

Amy menerusi ruang komen menganggap perbuatan Aliff itu langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada dirinya sendiri dan tuntutan kerja bukan alasan munasabah.

"Maaf Datuk, sedang umat Islam memanjatkan doa tapi Datuk memanjatkan video promo berunsurkan lucah sambil ketawa melekek-lekek tengok orang tu lambung t***k.

"Langsung tidak menghormati diri sendiri. Tuntutan kerja? Datuk banyak duit, awak boleh tentang habis-habis sebab awak sendiri boleh nilai tetapi kerana awak mahukannya dan awak sukakannya.

"Awak mahu semua orang bercakap mengenainya. Lebih banyak orang bercakap mengenainya, ia lebih banyak memberi manfaat," tulisnya.

Antara babak tarian dalam video yang dimuatnaik Aliff Syukri di Instagramnya.

Terdahulu, Aliff dikecam netizen gara-gara memuatnaik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha.

Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Antara babak tarian dalam video yang dimuatnaik Aliff di Instagramnya.

Video berdurasi 34 saat yang dimuatnaik di Instagram Aliff Syukri dua hari lalu memaparkan, usahawan kosmetik itu bersama dengan Lucinta dan Sajat menyanyi sambil menari mengikut rentak lagu dangdut tersebut.

Namun tarian itu agak keterlaluan apabila Lucinta dan Sajat tampil berpakaian seksi sambil menggoyangkan buah dada mereka.

Perkongsian Aliff di Instagram.

Dalam posting terbaharu di Instagramnya, Aliff turut berterima kasih di atas teguran Wardina terhadap video tarian yang dimuatnaiknya tiga hari lalu.

Bagaimanapun, Aliff berkata beliau berbuat demikian atas tuntutan kerja.

"Terima kasih Kak Dina... terima kasih atas teguran dan kasih sayang Kak Dina kepada saya dan isteri.

"Ya saya akui kesilapan saya dan apa yang Kak Dina cakap itu saya terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yang telah termaktub dalam kontrak," katanya.

Aliff Syukri turut memadam video tarian tersebut selepas dikecam netizen.

Tags / Kata Kunci: Amy Search , Aliff Syukri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan