“Hael tak perlu minta maaf, lari tempo kerana masalah teknikal” - Wani Kayrie - Berita Hiburan | mStar

“Hael tak perlu minta maaf, lari tempo kerana masalah teknikal” - Wani Kayrie

Diterbitkan: Selasa, 21 Ogos 2018 6:30 AM

Wani berduet bersama Hael Husaini pada minggu ketiga Big Stage.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Wani Kayrie mengakui masalah teknikal yang dihadapi sedikit menganggu fokus pada persembahannya di program realiti Big Stage malam Ahad.

Wani yang berduet bersama penyanyi Hael Husaini berkata, masalah teknikal menyebabkan penyanyi lagu Jampi itu tidak dapat mendengar muzik dengan jelas.

“Masalah teknikal pada malam itu menyebabkan nyanyian Hael lari tempo masa pembukaan persembahannya dan dia tidak mendengar muzik menerusi alat pendengar yang dipakai itu.

“Ia sedikit sebanyak menganggu mood saya. Saya risau jika dia lari tempo awal nanti akan susah bila saya ingin masuk part saya,” ujarnya kepada mStar Online pada Isnin.

Wani diminta mengulas tentang persembahanya bersama Hael Husaini yang menyanyikan lagu Sampai Bila nyanyian asal Misha Omar pada program Big Stage yang berlangsung di Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, Ahad.

Hael meminta maaf kepada Wani Kayrie 

Hael menerusi Instagramnya pada Isnin meminta maaf kepada Wani terhadap beberapa kesilapan yang dilakukan ketika membuat persembahan tersebut.

"Pertama sekali saya nak minta maaf kepada Wani Kayrie, i messed up tonight atas beberapa kesalahan teknikal yang tak dapat dielakkan di awal persembahan. Saya rasa hari ini bukan hari saya. Maaf sekali lagi. Saya akan perbaki lagi kelemahan saya. Terima kasih," ujarnya.

Bagaimanapun, Wani berkata, penyanyi tersebut tidak perlu meminta maaf kepadanya berikutan kesilapan itu bukan berpunca daripadanya.

“Hael sudah beri yang terbaik dan dia pun tidak tahu perkara itu akan berlaku. Bukan salah dia dan tidak perlu minta maaf.

“Kita tahu Hael seorang yang bagus dan mampu menyanyi dengan baik,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang persembahannya yanh dikatakan sedikit merosok, Wani mengakui dia berhadapan dengan masalah kesihatan.

Katanya, batuk yang berpanjangan hampir dua minggu menjejaskan kualiti suara dan persembahannya.

“Saya sudah ke klinik untuk cek darah kerana dua minggu batuk tak baik-baik. Insyaallah minggu depan saya akan bawakan lagu rancak yang tidak terlalu menguji vokal dan mudah disampikan,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hael Husaini , Wany Kayrie
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan