Sombong ‘tahap dewa’? Ismail Izzani tak kisah - Berita Hiburan | mStar

Sombong ‘tahap dewa’? Ismail Izzani tak kisah

Diterbitkan: Sabtu, 18 Ogos 2018 6:10 AM

Ismail memohon maaf kepada jurugambar yang mendakwa dia menghilangkan diri selepas ditegur untuk mengambil gambar.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu dia lebih mengenali dirinya dan tidak akan bersikap sombong seperti yang didakwa seorang jurugambar di laman Twitter.

Ismail, 18, berkata dia meminta maaf kerana tidak menyedari jurugambar itu mahu mengambil fotonya ketika di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2018) pada Sabtu lalu.

"Maaf bro tak perasan. Lain kali kalau sudi lagi. Kalau nak kata saya sombong, saya tak kisah.

"Saya lebih mengenali diri saya dan saya tak akan berbuat demikian. Bagaimanapun!!! Semoga hari anda ceria.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada niat menghina" - Ismail Izzani

Ismail membalas semua status jurugambar yang mendakwa dia bersikap sombong.

"Teruskan kerja yang bagus dengan baik," tulis Ismail menerusi laman Twitter miliknya.

Ismail memberi penjelasan tersebut selepas status Twitter jurugambar bernama Arfhi yang mendakwa penyanyi itu menghilangkan diri selepas ditegur untuk mengambil gambar dan ia tular di laman sosial.

Penyanyi lagu Luar Biasa itu hadir di KLFW2018 yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur bagi membuat persembahan pada pertunjukan fesyen jenama Rizman Ruzaini.

Menurut jurugambar tersebut, pelakon Yaya Zahir dan Elfira Loy antara selebiriti yang tidak mempunyai masalah untuk diambil gambar.

Ismail tidak kisah digelar sombong.

"Aku tegur Yaya Zahir dan Elfira Loy, alhamdulillah mereka okey dan elok saja.

"Aku tegur seorang mamat ni 'Ismail Izzani' fuh dia punya acah tahap dewa. 'Bro, nak ambil gambar satu boleh?' Dengan selamba blah. Hahaha.

"Kemon (come on) bro, jangan sombong sangat nanti tak ke mana," kata Arfhi.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mengatakan Ismail tidak seperti itu namun dia seorang artis yang mudah bergambar dengan peminatnya. 

Tags / Kata Kunci: Ismail Izzani , KLFW2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan