Kontroversi di KLFW2018 berpunca daripada satu puak mahu lihat Fazura jatuh - Berita Hiburan | mStar

Kontroversi di KLFW2018 berpunca daripada satu puak mahu lihat Fazura jatuh

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2018 12:10 PM

'Finale' pertunjukan fesyen daripada Fazura menyaksikan kesemua model baring. Foto: Suria Malaysia.

(Ubah saiz teks)

KONTROVERSI antara pelakon Nur Fazura dan pereka fesyen yang berkerja di London, Ashley Isham didakwa berpunca daripada provokasi beberapa pihak.

Fazura berkata, pereka fesyen terlalu marah kerana menganggap Fazura meniru atau plagiat gimik 'finale' pertunjukan fesyennya pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) lalu.

Malah, pereka fesyen itu mendakwa dia ada menerima kiriman video pertunjukan fesyen produk jenama Fazura iaitu Fazbulous daripada 'seseorang'.

"Ashley menghubungi saya pada tengah malam semalam (Isnin) dan memperkenalkan dirinya kepada saya.

"Katanya ada 'seseorang' yang telah menghantar video pertunjukan fesyen itu kepadanya dan dia menerima pelbagai mesej provokasi daripada beberapa pihak untuk menaikkan kemarahannya.

Ashley memohon maaf selepas menuduh Fazura meniru aksi 'finale' pertunjukan fesyennya pada 2014.

"Tanpa berfikir panjang, Ashley telah memuat naik status itu kerana sudah terlalu marah," kata Fazura dalam satu temubual bersama Suria Malaysia di Menara Star pada Selasa.

Kecoh di laman sosial apabila Ashley memuat naik status kemarahannya terhadap pertunjukan fesyen Fazura di KLFW2018 yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, Ashley mengakui kesilapannya kerana terlalu mengilut perasaan dan memohon maaf kepada Fazura kerana fesyen itu bersifat universal.

Dalam pada itu isteri kepada pelakon Fattah Amin ini berkata, dia tidak menafikan apa yang terjadi itu mempunyai unsur sabotaj.

"Saya harus mengakui sebagai manusia terdapat macam-macam hasutan serta perasan yang syaitan nak kita dihasuti dan tewas. Saya tidak nafikan perkara itu dan saya sedar ada sesetengah ‘puak’ yang sentiasa memerhatikan gerak geri serta mencari kesilapan saya. 

"Mereka juga sering melakukan pelbagai provokasi serta cubaan-cubaan sabotaj untuk menjatuhkan saya", ujarnya.


Ashley memuat naik status penjelasan selepas berlaku salah faham dengan Fazura.

Dalam pada itu, pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini berkata pada mulanya dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai status yang dimuat naik Ashley itu.

Fazura juga menafikan tuduhan dia meniru 'finale' semua model terbaring yang dilakukan Ashley pada tahun 2014.

"Saya memang amat terkejut kerana 'finale' yang dilakukannya pada tahun 2014 itu agak sama dengan 'finale' yang saya buat untuk KLFW2018 baru-baru ini.

"Sejujurnya saya tidak pernah dengar atau mengenali siapa sebenarnya Ashley Isham. Tapi saya percaya mungkin dia adalah pereka fesyen terkenal.

"Tuduhan saya plagiat atau meniru dia itu adalah tidak benar sama sekali kerana saya sendiri pun tidak pernah melihat 'finale' yang dibuat oleh Ashley pada tahun 2014," jelasnya.

Namun Fazura mengakui 'finale' yang dilakukannya di KLFW2018 itu diinspirasikan daripada pertunjukan fesyen pereka antarabangsa, Dries Van Noten.

Bagaimanpun persembahan Fazura itu mendapat pujian kerana ia tampil berbeza.

Tags / Kata Kunci: Nur Fazura , Ashley Isham
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan