Selepas New York, ‘Dukun’ masuk Indonesia - Berita Hiburan | mStar

Selepas New York, ‘Dukun’ masuk Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2018 5:59 AM

Pengarah Dukun iaitu Dain Said (tiga dari kanan) bersama para pelakonnya iaitu Hasnul Rahmat (dari kiri), Faizal Hussein, Umie Aida dan Elyana.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setelah melakar sejarah mengutip RM11 juta di Malaysia, Singapura dan Brunei, filem Dukun kini bertemu penonton di Indonesia.

Filem lakonan Datin Seri Umie Aida itu sudah mula berada di 33 buah pawagam di Indonesia bermula pada Khamis.

Tayangan melibatkan di beberapa kota terkenal antaranya Jakarta, Depok, Bandung, Semarang, Bali, Pekan Baru dan Batam.

Filem 'Dukun' bukanlah diadaptasi sepenuhnya daripada sebuah kes pembunuhan berprofil tinggi tetapi hanya sekadar mengambil intipatinya sahaja.

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, tahun ini merupakan kejayaan luar biasa untuk filem itu kerana berjaya menembusi pasaran beberapa negara lain.

"Sebelum ini Dukun telah menyertai New York Asian Festival dan ditayangankan di sana.

"Kini Dukun ke Indonesia, satu perkembangan yang baik untuk filem tempatan malah penonton di sana amat menantikannya setelah mereka mengetahui dari media sosial.

"Kami juga sedang menantikan beberapa negara lain yang akan menayangkan filem ini serta beberapa festival filem antarabangsa dimana filem itu bakal dipertandingkan," katanya.

Katanya lagi, Astro Shaw berharap Dukun dapat diterima ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan di Indonesia.

Dukun mencipta sejarah apabila ia ditayangkan di Amerika Syarikat bersempena New York Asian Film Festival 2018 (NYAFF) yang berlangsung pada 29 Jun lalu.

Selain Umie Aida, flem arahan Dain Iskandar Said itu turut membariskan Faizal Hussein, Namron, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Elyana, Allahyarham Ramli Hassan dan Adlin Aman Ramlie.

Tags / Kata Kunci: Dukun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan