Fattah Amin, Fazura menang besar di Anugerah Telenovela 2018 - Berita Hiburan | mStar

Fattah Amin, Fazura menang besar di Anugerah Telenovela 2018

Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2018 12:54 AM

Nur Fazura dan Fattah Amin menang besar di Anugerah Telenovela 2018 yang berlangsung pada malam Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin membuat kejutan apabila membolot kesemua trofi menerusi kategori popular Anugerah Telenovela 2018 yang diadakan di Plenary Hall Convention Centre (KLCC) pada malam Sabtu.

Dua drama lakonan pasangan suami-isteri itu, Hero Seorang Cinderella dan Wanita Terindah masing-masing membawa pulang trofi menerusi kategori Novel Popular dan Telefilem Popular.

Mereka juga menyapu bersih anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular, Pelakon Wanita Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Telefilem Popular dan Pelakon Wanita Telefilem Popular.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak hadir pada acara itu.

Sementara itu, aktres Emma Maembong dianugerahkan sebagai Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018 untuk tahun kedua berturut-turut.

Emma Maembong menang dua trofi termasuk Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 26, turut memenangi anugerah Pelakon Serba Dinamik dan Komited 2018 menerusi Awak Suka Saya Tak dan filem Kimchi Untuk Awak.

Pada malam kemuncak anugerah tersebut, sebanyak 43 kategori dipertandingkan melibatkan 32 drama atau telenovela, empat telefilem dan lima filem popular yang diangkat daripada novel atau karya yang dibukukan.

Manakala pelakon yang membintangi filem Kau Yang Satu, Izara Aishah menerima anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik dan manakala pelakon Jalil Hamid memenangi sebagai Pelakon Lelaki Filem Terbaik.

Pelakan Aeril Zafrel dan Siti Saleha memenangi anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Telenovela Terbaik menerusi drama bersiri Mandotori yang turut dinobatkan sebagai Telenovela Terbaik.

Anugerah Tokoh Lagenda yang terdiri daripada Primadona Telenovela diberikan pada pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Datuk Abdul Rahim Mohd Razali pula diberikan trofi Seniman Lagenda selain produser, Othman Hafsham serta dan Datuk Rosnani Jamil menerima anugerah Tokoh Seniman dan Seniwati.

Anugerah Telenovela 2018 dihoskan oleh Cody Tan dan Natasha Charmaine.

Malam gilang-gemilang itu dihiburkan dengan persembahan daripada Asfan, Ippo Hafiz, Firman Hyper Act dan Neera Azizi.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Telenovela 2018;

Ratu Telenovela Serba Dinamik - Emma Maembong

1. Kategori Popular

Novel Popular - Wanita Terindah

Telenovela Popular - Hero Seorang Cinderella

Telefilem/Filem Popular - Wanita Terindah

Pelakon Lelaki Telenovela Popular - Fattah Amin

Pelakon Wanita Telenovela Popular - Nur Fazura

Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular - Fattah Amin

Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular - Nur Fazura

2. Kategori Terbaik

Novel Adaptasi Terbaik - Dia (Terbitan Karyaseni Sdn Bhd)

Novelis Terbaik - Syamnuriezmil (Perempuan Paling Bahagia)

Novel Terbaik - Perempuan Paling Bahagia

Telenovela Terbaik - Mandatori

Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik - Aeril Zafrel

Pelakon Wanita Telenovela Terbaik - Siti Saleha

Pengarah Telenovela Terbaik - Razaisyam Rashid

Penulis Skrip Telenovela Terbaik - Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Khairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shamaine Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim

Penerbit Novel Terbaik  - Terbitan Karyaseni Sdn Bhd

Lagu Tema Telenovela Terbaik - Bahagia Kasihmu (Ippo Hafiz)

Filem Terbaik - Tombirou: Penunggu Rimba

Pelakon Lelaki Filem Terbaik - Jalil Hamid

Pelakon Wanita Filem Terbaik - Izara Aishah

Pengarah Filem Terbaik - Seth Larney

Penulis Skrip Filem Terbaik - Yasmin Yaakob & Choong Chi Ren

Lagu OST Filem Terbaik - Ribut Hati (Aina, Tombirou: Penunggu Rimba)

Telefilem Terbaik - Srengenge

Pengarah Telefilem Terbaik - Mahuddin Ibrahim

Penulis Skrip Telefilem Terbaik - Wan Mahani Wan Hassan

Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik - Nik Adam Mika

Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik - Mohd Arif Abdullah (Jibam)

Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik - Zara Sophia

Pelakon Veteran Filem Terbaik - Bohari Ibrahim

Lakonan Sokongan Mantap - Zarynn Min

Pelakon Serba Dinamik dan Komited - Emma Maembong

Stesen Penyiar Telenovela Prolifik - Astro

Penerbit Telenovela Prolifik - Global Station

Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela - Rozie Ashid

3. Anugerah Khas

Primadona Telenovela - Fauziah Datuk Ahmad Daud

Seniman Lagenda - Datuk Abdul Rahim Mohd Razali

Tokoh Seniman - Othman Hafsham

Tokoh Seniwati - Datuk Rosnani Jamil

Tokoh Industri Kreatif - Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Datuk Kamil Othman

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan