“Sekurang-kurangnya aku tak curang” - Ifa Raziah bengang isu dipeluk Boy Iman - Berita Hiburan | mStar

“Sekurang-kurangnya aku tak curang” - Ifa Raziah bengang isu dipeluk Boy Iman

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2018 11:30 AM

Foto Boy berpeluk dengan Ifa mengundang kecaman netizen. Foto Instagram: @boyiman_dbi.

(Ubah saiz teks)

FOTO yang menampilkan aksi penerbit dan pelakon Datuk Boy Iman memeluk penyanyi Ifa Raziah yang dimuat naik di laman Instagram Boy Iman mengundang kecaman netizen.

Rata-rata mereka mempertikaikan tindakan Boy Iman dan Ifa tidak menjaga sensiviti sebagai penganut agama Islam yang mengharamkan sentuhan bukan mahram.

Namun, Ifa, 43, mempersoalkan drama atau filem yang mempunyai babak berpelukan dan bersentuhan namun masih dianggap boleh dilakukan sebab hanya lakonan.

"Dok berlakon dalam drama dan filem tu ada juga babak berpeluk, bercium, berpegang tangan.

Status yang dimuat naik Ifa menerusi laman Instastory miliknya.

"Kadang-kadang tu sampai terlajak beromen pun ada selagi ruang dan peluang itu tak apa dibolehkan sebab berlakon saja walaupun bukan mahram.

"Walaupun bukan ada perasaan hawa nafsu tu halal ke?" tulis Ifa menerusi laman Instastory miliknya.

Penyanyi lagu Terus Terang ini juga berang dengan komen netizen yang mengatakan dia seperti berlaku curang dengan suaminya.

Menurut Ifa, suaminya iaitu Mohd Yani Abdul Rahman mengenali diri sebenarnya lebih daripada orang lain.

Ifa tidak kisah jika ada pihak yang tidak menyukainya.

"Sekurang-kurangnya aku tak curang dengan laki (suami) aku! Atau 'main' (mempunayi hubungan) dengan jantan lain atau bercinta dengan jantan lain.

"Hello suami aku pun kenal siapa aku sebenarnya baik dan buruk aku," katanya.

Dalam pada itu, Ifa sudah tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak menyukainya kerana beranggapan perkara itu tidak penting lagi.

"Akan sampai satu tahap, ia sudah tidak penting lagi. Anda suka saya ke, tak suka ke, ada aku kisah?

"Nak suka alhamdulillah. Tak suka pun tak ada hal la. Tak semua orang suka kita dan kita pun tak perlu suka semua orang!" ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Ifa Raziah , Boy Iman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan