Kerana ‘Keke Challenge’ Elite dikutuk! “Jangan libatkan arwah anak saya” - Linda - Berita Hiburan | mStar

Kerana ‘Keke Challenge’ Elite dikutuk! “Jangan libatkan arwah anak saya” - Linda

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2018 6:30 AM

Linda bersama Azza dan Sasha Saidin muat naik video tarian.

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Elite iaitu Linda Rafar menjelaskan tindakan dia bersama Azza dan Sasha Saidin memuat naik video trend tarian Keke Challange pada Khamis adalah bagi menjayakan sebuah projek istimewa.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, 40, berkata, biarpun secara suka-suka untuk peminat kumpulan itu, mereka tetap mempunyai batasan tertentu.

"Saya terpaksa jelaskan kenapa Elite buat keke challange semalam. Kami akan buat projek istimewa dan bukan kami sahaja dicabar untuk buat. Ada yang lagi seksi dan melampau dari apa yang Elite buat.

"Kami buat juga secara suka-suka dan tiada niat lain. Kepada netizen yang komen untuk kutuk Elite saya boleh terima tapi jangan libatkan arwah anak saya yang tidak bersalah," ujarnya.

Linda dan Azza beri penjelasan tentang video berkenaan di IG.

Penyanyi lagu Trauma ini memuat naik video tersebut pada Khamis dan sehingga kini mendapat lebih 100,000 tontonan.

Katanya, ramai yang memberi komen negatif terhadap video berkenaan sehingga ada yang sanggup mengaitkan perkara itu dengan Allahyarham anaknya yang meninggal dunia.

"Kita bukannya tak sedar apa yang kita buat, ia hanya untuk suka-suka sahaja. Rasanya Elite buat paling cover sopan," ujarnya.

Sementara itu, rakannya Azza menulis komen di Instagram Linda memberitahu bahawa aksi tarian itu dilakukan di kawasan yang selamat dan tidak menganggu keselamatan jalan raya.

"Kita buat di kawasan yang selamat, kawasan parkir kereta hotel yang tiada langsung kereta.

"Kita bukan tidak tahu tentang keselamatan, lagi pula yang memandu itu suami saya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Elite , Linda , Azza
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan