Rakan artis turut jadi mangsa… “Saya tak subahat” - Zalfa Zin - Berita Hiburan | mStar

Rakan artis turut jadi mangsa… “Saya tak subahat” - Zalfa Zin

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2018 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON baharu Zalfa Zin bimbang apabila akaun Facebook miliknya yang digodam oleh individu tidak bertanggungjawb terbabit menjalankan aktiviti jenayah siber melalui laman sosial itu.

Zalfa atau nama sebenarnya Norzafifah Mohd Zain, 25, berkata, individu tersebut melakukan penyamaran dengan menghantar mesej palsu kepada rakan-rakan Facebooknya yang lain.

"Sejak Januari lalu Facebook saya digodam tapi dia masih menggunakan nama saya dan menghantar mesej kepada rakan-rakan untuk tujuan menggodam mereka.

“Saya sudah membuat beberapa laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) namun hingga sekarang individu itu masih aktif menjalankan aktiviti tersebut,” ujarnya.

Zalfa buat laporan polis

Zalfa berkata, beberapa teman termasuk rakan artis yang berkawan dengannya di laman sosial itu turut terpedaya dan akaun laman sosial mereka digodam individu berkenaan.

Katanya, perkara itu secara tidak langsung menjejaskan namanya sebagai seorang artis baharu.

“Dia hantar mesej kepada kawan-kawan saya di Facebook untuk buka satu pautan dan apabila mereka buka sahaja pautan tersebut akaun mereka terus digodam. 

"Malam, seorang pelakon dalam senarai kawan saya turut digodam Facebook, Instagram dan e-melnya. Disebabkan perkara itu saya pula yang dipersalahkan, mujur dia faham situasi sebenar,” katanya.

Tambah Zalfa, lebih membimbangkan apabila individu itu berani menawarkan duit untuk mengumpan mangsa-mangsanya yang lain.

Katanya, dia juga cuba menghubungi individu itu menerusi akaun lain namun tidak berjaya menghentikan kegiatan tersebut.

"Sekarang dia spam semua orang dengan menawarkan duit pula. Saya tidak mahu lebih ramai yang tertipu dan dia akan jual akaun yang ramai pengikut kepada orang lain dengan harga ribuan ringgit.

"Saya beritahu perkara ini kerana ada yang kata saya bersubahat dengan penggodam itu, walhal saya sendiri buntu untuk selesaikan,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Zalfa Zain
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan