Pereka fesyen dedah ukuran badan Che Ta tak berubah sejak 13 tahun - Berita Hiburan | mStar

Pereka fesyen dedah ukuran badan Che Ta tak berubah sejak 13 tahun

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2018 1:52 PM

Ukuran badan Che Ta tak pernah berubah kata Rizman Ruzaini - Foto IG Rizman Ruzaini.

(Ubah saiz teks)

PEREKA fesyen terkenal Rizman Ruzaini mendedahkan ukuran badan pelakon popular Rozita Che Wan tidak pernah berubah sejak mengayakan pakaiannya 13 tahun lalu.

Rizman yang menjawab soalan netizen di Instagramnya memberitahu Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta adalah artis yang mempunyai bentuk badan paling sempurna sama seperti ukuran patung.

"Artis mana yang pernah bekerja sama dengan anda body paling perfect? soal netizen.

"Beliau (Che Ta) selebriti pertama yang mengayakan rekaan Rizman Ruzaini dan sejak itu ukuran badannya tidak pernah berubah.

"Sudah 13 tahun dan perfect fit on mennequin (ukuran sempurna pada patung) @Rozitachewan1," tulisnya.

Rizman Ruzaini menjawab beberapa soalan rawak daripada netizen.

Jenama fesyen Rizman Ruzaini gabungan dua pereka iaitu Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil, 34, dan Rizman Nordin, 34.

Rizman menjawab soalan secara rawak daripada netizen di laman sosial Instagramnya pada Khamis.

Sementara itu, Rozita membalas kenyataan tersebut dan menganggap ia adalah satu pujian daripada perkea fesyen itu.

"Rasa nak nangis dengan pujian ini," ujarnya.

Selain itu, pereka fesyen duo itu juga mendedahkan bahawa baju pertama rekaan mereka ketika masih lagi menuntut di pusat pengajian tinggi dihasilkan untuk Datuk Siti Nurhaliza.

Manakala, baju paling penuh perincian yang pernah dihasilkan ialah untuk majlis persandingan pelakon Izara Aishah.

Tags / Kata Kunci: Rozita Che Wan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan