Pandai-pandai tuduh Izara Aishah berpunggung besar - Berita Hiburan | mStar

Pandai-pandai tuduh Izara Aishah berpunggung besar

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2018 3:00 PM

Izara dedah ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyunting fotonya.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Izara Aishah mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyunting foto memperlihatkan bahagian punggungnya kelihatan agak besar.

Izara, 26, berkata dia tidak mempunyai bentuk punggung seperti itu dan tidak akan menyukainya.

"Foto itu mereka sunting dan nampak begitu lucah. Punggung saya yang sebenar tidak kelihatan sebesar itu.

"Saya tak akan suka kalau ada bentuk itu," tulis Izara menerusi laman Twitter miliknya.

Izara memuat naik foto yang disunting dan foto sebenar.

Izara turut memuat naik foto sebenar bentuk badan di laman sosial miliknya dan menjelaskan dia tidak pernah mengambil sebarang suntikan untuk membesarkan bahagian tersebut.

Kata Izara, sekiranya seseorang itu mahukan bentuk badan yang menarik perlulah melakukan senaman atau mengupah pelatih peribadi yang bagus.

"Ini adalah foto sebenar (kongsi fotonya). Tak sebesar itu. Jadi, makcik (netizen) berhenti membenci.

"Anda mahu badan kelihatan cantik, pergi senaman dan upah pelatih yang bagus. Saya tak suntik. Suntikan rawatan vampire pun saya tak sokong. Tolong," katanya.

Izara membuat senaman punggung selama tiga tahun.

Dalam pada itu, pelakon filem J Revolusi ini memberitahu dia melakukan senaman bahagian punggung selama tiga tahun.

Menurut Izara, dia mudah untuk melakukan senaman tersebut kerana badannya pernah gemuk.

"Saya pergi gimnasium selama tiga tahun dan menumpukan satu bahagian sahaja - punggung saya. Tak sentuh perut, tangan dan lain-lain.

"Saya hanya buat berat. Saya pernah gemuk. Bila berisi, senang nak buat bahagian punggung. Saya berhenti muay thai dan kardio. Saya janji," katanya.

Tags / Kata Kunci: Izara Aishah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan