“Saya tak paksa, dia rela hati” - Ariff Aziz dah sedia jadi suami A. Aida - Berita Hiburan | mStar

“Saya tak paksa, dia rela hati” - Ariff Aziz dah sedia jadi suami A. Aida

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2018 6:15 AM

Ariff teruja bakal bergelar suami tidak lama lagi. Foto Instagram: @ariffaziz7.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tinggal beberapa hari lagi pelakon Ariff Aziz bakal bernikah dengan penerbit drama terkenal Datuk A. Aida.

Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz, 29, berkata dia ada sedikit berasa gementar namun lebih teruja dan bersedia untuk bergelar seorang suami.

"Insya-Allah pada 21 Julai ini majlis pernikahan saya dan A. Aida akan berlangsung. Saya rasa teruja tapi ada sedikit gementar.

"Mana ada lelaki yang nak akad nikah tak rasa gementar kan? Yalah, selepas ini tanggungjawab saya lebih besar.

"Apa-apa yang saya mahu lakukan selepas ini kena fikir isteri dan anak-anak. Tak boleh nak pentingkan diri sendiri," kata Ariff kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktor muda buat kejutan, lamar A. Aida di kedai Arab! Nikah waktu terdekat


Ariff bakal nikahi A. Aida pada Sabtu ini.

Tambah Ariff lagi, kini persiapan majlis berjalan lancar dengan bantuan beberapa pihak termasuk perancang perkahwinan.

"Alhamdulillah, segala persiapan berjalan dengan baik. Saya bersyukur kerana menerima beberapa bantuan dari pihak-pihak tertentu.

"Saya juga ada melantik perancangan perkahwinan di sebelah pihak saya. Buat masa sekarang, semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya.

Sebelum ini, A. Aida menerima kejutan dilamar Ariff di sebuah restoran Arab di Kampung Baru dekat sini dengan menyarungkan cincin lamaran sambil diiringi petikan gitar oleh sahabat mereka pada 5 Julai lalu.

Ariff Aziz

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf  dan Misteri Wan Peah ini memberitahu keinginan dia melihat bakal isteri memakai tudung bukanlah satu paksaan.

Namun, A. Aida atau Zaidah Awang, 47, sendiri yang merelakan hati untuk menutup aurat selepas bergelar isteri.

"Memang saya yang meluahkan hasrat untuk melihat dia memakai tudung selepas berkahwin.

"Tapi tiada paksaan daripada saya. Dia yang sudi terima nasihat untuk berubah," katanya.

Pasangan itu telah menetapkan tarikh pernikahan mereka pada Sabtu ini di sebuah hotel di Subang Jaya dekat sini manakala majlis resepsi berkemungkinan akan diadakan pada April tahun hadapan.

Tags / Kata Kunci: Ariff Aziz , Datuk A. Aida
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan