Soalan apa ni? Berapa banyak 'retweet' Aeril Zafrel perlu untuk ceraikan isteri! - Berita Hiburan | mStar

Soalan apa ni? Berapa banyak 'retweet' Aeril Zafrel perlu untuk ceraikan isteri!

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2018 12:50 PM

Aeril diminta untuk menceraikan isterinya, Wawa.

(Ubah saiz teks)

KEHIDUPAN pelakon Aeril Zafrel dan keluarganya sentiasa menjadi perhatian netizen di laman sosial.

Malah, Aeril atau Suhairil Sunari, 30, antara selebriti yang aktif dan gemar membalas komen menerusi laman Instagram atau Twitter.

Terbaru, terdapat akaun Twitter yang menggunakan nama dan foto hantu pocong telah melakukan provokasi Aeril.

Pemilik akaun @pxcxng itu bertanya berapa banyak ulang kicau (retweet-RT) yang diperlukan untuk Aeril menceraikan isterinya, Wawa Zainal.

Permintaan akaun Twitter itu dianggap keterlaluan.

"@aerilzafrel berapa RT untuk kau ceraikan Wawa Zainal," tulis akaun tersebut.

Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap itu tidak cepat melatah dan hanya mempersoalkan semula permintaan pemilik akaun tersebut.

"Hmmm apa punya RT la kau minta ni?" soal Aeril.

Tindakan pemilik akaun tersebut memuat naik permintaan itu telah mendapat kecaman daripada pengikut di laman sosial yang rata-ratanya beranggapan ia keterlaluan.

Aeril dan Wawa mempunyai dua orang cahaya mata.

"Permintaan paling b*****g sekali setakat ni aku pernah tengok... Batak RT betul.

"Sekat saja ramai-ramai apa b*d*h suruh orang ceraikan bini. Mesti kat sekolah kau ni forever alone.

"Die nak terkenal sebab itu lah. Haih macam-macam perangai," komen beberapa pengikutnya.

Aeril dan Wawa, 27, berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3.

Tags / Kata Kunci: Aeril Zafrel , Wawa Zainal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan