“Gimik dah tak sesuai dengan usia, boleh undang fitnah” - Haiza - Berita Hiburan | mStar

“Gimik dah tak sesuai dengan usia, boleh undang fitnah” - Haiza

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2018 6:30 AM

Haiza tidak setuju buat gimik.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan penyampai radio Kool Fm Haiza Hanafi tidak bersetuju dengan strategi menggunakan gimik untuk melancarkan lagu atau produk baharu.

Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 38, berkata, ia hanya menggundang fitnah dan bukan cara yang sihat untuk menyerlahkan bakat.

"Saya tidak setuju dengan cara itu (gimik) untuk memperkenalkan lagu kerana perkara seperti itu hanya mengundang fitnah.

"Lagi pula saya rasa gimik tidak sesusai untuk orang yang usia seperti saya," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis rumah terbuka yang diadakan di kompleks Sukan DBKL, di sini, Ahad.

Haiza berkata demikian ketika diminta pendapatnya tentang trend artis yang menggunakan cara itu untuk lebih mendapat perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Turut bertikam lidah... Sheeda 'serang' Ifa Raziah di parkir kereta


Selain itu, ditanya tentang gimik pergaduhan artis dangdut Ifa Raziah dan Sheeda, Haiza mengakui turut berasa tertipu dengan gimik berkenaan.

Katanya, perkara itu hanya menimbulkan pertelagahan antara netizen dan pengikut laman sosial mereka.

"Saya pun tertipu dan secara jujur sebagai penonon kita akan fikir bukan-bukan. Ia juga menjadi punca orang bertelagah di laman sosial.

"Tapi terpulanglah kepada mereka, jika mereka rasa perkara itu boleh membantu kerjaya atau produk mereka, terpulang..." ujarnya.

Awal minggu lalu, kecoh di media sosial dengan isu video pergaduhan serta serang-menyerang penyanyi dangdut Sheeda dan Ifa Raziah di tempat letak kereta.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu kedua-dua penyanyi itu mendedahkan ia hanya gimik semata-mata.

Haiza bersama suami dan anaknya.

Sementara itu, bercakap tentang perancangan keluarga, penyanyi Dag Dig Dug ini mengakui mempunyai hasrat untuk menambah cahaya mata.

Katanya, sekarang adalah masa yang sesuai dan meminta peminat mendoakan diberi rezeki tersebut.

"Saya sudah bersedia jika diberi rezeki itu sekarang, harap semua doakan saya.

"Anak saya Iman pun sekarang sudah berusia lima tahun dan selalu juga bertanya tentang adik," ujarnya.

Haiza dan Norhanaphe mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2007 dan dikurniakan cahaya mata Nur Iman Syafie, 5.

Tags / Kata Kunci: Haiza , Ifa Raziah , Sheeda Dangdut
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan