Elvina dedah ada rakan busuk hati, minta tinggalkan suami - Berita Hiburan | mStar

Elvina dedah ada rakan busuk hati, minta tinggalkan suami

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2018 6:30 AM

Elvina enggan mengambil peduli komen-komen negatif daripada netizen.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Datin Elvina Mohamad mengakui berasa sedih apabila menerima kecaman ekoran berita suaminya, Datuk Mohd Haniff dilaporkan ditahan polis pada Mei lalu.

Elvina atau Norzalina Mohamad, 23, berkata dia dan keluarga mengetahui perkara sebenar dan tidak peduli dengan kata-kata negatif netizen.

"Sudah tentu saya dan keluarga menangis dan sedih dengan kata-kata yang dilemparkan netizen.

"Tapi sekarang saya tak ambil tahu apa yang mereka nak katakan. Paling penting saya dan keluarga tahu kebenarannya," kata Elvina kepada mStar Online.

Elvina ditemui ketika majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya, Mind Order di Kache's, Seksyen 26, Shah Alam pada Jumaat.

Elvina dan suami sentiasa memberi sokongan satu sama lain.

Jelas pelakon drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf ini, suami dia ditahan polis untuk menjadi saksi bagi membantu siasatan terhadap rakan baiknya.

"Dia bukanlah tertuduh seperti yang diperkatakan. Tapi hanya sekadar menjadi saksi bagi membantu siasatan.

"Kebetulan pihak tertuduh itu adalah rakan baiknya. Jadi, polis hanya ingin soal siasat rakan terdekat dan kes pun sudah selesai," ujarnya.

Dalam pada itu, Elvina juga ada mendedahkan ada dalam kalangan rakan-rakannya yang bersikap busuk hati selepas mengetahui berita tersebut.

"Apabila perkara ini terjadi baru saya tahu mana satu kawan dan mana lawan. Ada kawan yang baik dan busuk hati.

Elvina kini hamil tiga bulan dan dijangka bersalin pada Disember atau awal Januari tahun hadapan.

"Yang busuk hati tu siap cakap padan muka dan minta saya tinggalkan suami. Sedangkan mereka tak tahu cerita sebenar," katanya.

Sebelum ini, satu laporan mengatakan seorang lelaki berstatus Datuk telah ditahan bagi membantu siasatan penipuan pelaburan forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom membabitkan kerugian RM13.9juta.

Rata-rata netizen salah faham dengan laporan itu dan menganggap suami kepada Elvina terlibat dalam penipuan tersebut.

Pelakon itu berkahwin dengan Mohd Haniff, 32, pada 18 Mac lalu dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini.

Elvina dan Haniff yang berkenalan pada sekitar dua tahun lalu mula rapat sejak setahun lalu sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

Tags / Kata Kunci: Elvina Mohamad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan