Diana Danielle sertai lumba kereta kerana Farid Kamil - Berita Hiburan | mStar

Diana Danielle sertai lumba kereta kerana Farid Kamil

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2018 6:15 AM

Diana terima tawaran sertai perlumbaan kereta Toyota Gazoo disebabkan suaminya.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Datin Diana Danielle mendedahkan dia menerima tawaran untuk menyertai program Toyota Gazoo Racing adalah disebabkan suaminya, Datuk Farid Kamil.

Malah, baru-baru ini juga Farid ada membelikan permainan video perlumbaan dan simulator untuk Diana, 27, berlatih di rumah.

"Sebenarnya saya terima tawaran untuk menyertai perlumbaan kereta itu pun disebabkan Farid. Dia kata jangan lepaskan peluang yang datang.

"Sebelum ini, saya tak reti nak memandu kereta manual. Tapi Farid yang bagi semangat kata saya boleh lakukan.

"Baru-baru ini, dengan gembira dia belikan permainan video perlumbaan dan simulator untuk saya berlatih di rumah," katanya ketika ditemui mStar Online pada baru-baru ini di APW Bangsar, Kuala Lumpur.


Diana dan suami serta anak-anaknya.

Tahun ini merupakan tahun kedua Diana menjadi salah seorang selebriti program perlumbaan kereta itu.

Malah, Diana satu-satunya peserta wanita yang berjaya menjejak kaki di atas podium untuk menerima trofi.

"Tahun ini adalah musim kedua saya bersama pasukan Toyota Gazoo Racing. Memang mencabar.

"Namun, kami diberi latihan intensif oleh jurulatih bertauliah sebelum masuk ke litar. Hasilnya, sepanjang musim lalu, saya sudah beberapa kali naik podium menerima trofi," ujarnya.

Barisan selebriti yang menyertai Toyota Gazoo Racing musim kedua.

Selain Diana, barisan selebriti untuk Toyata Gazoo Racing musim kedua terdiri daripada Akim Ahmad, Khai Bahar, Wany Hasrita, Nabila Razali, Syukri Yahaya, Janna Nick, Aiman Tino dan Nabil Ahmad.

Dalam pada itu, biarpun Diana kini juga sibuk menjalani penggambaran drama Raisa 2 namun dia tahu membahagikan masa dengan baik.

"Kita kena tahu macam mana nak uruskan jadual. Tambahan pula, saya bukan jenis suka banyak tawaran yang banyak.

"Sekarang ini pun dalam masa yang sama saya sibuk jalani penggambaran drama terbaharu. 

"Tapi saya kena jaga stamina, waktu tidur dan cara permakanan dari sekarang supaya nanti masa perlumbaan bersedia dari segi mental dan fizikal," katanya.

Tags / Kata Kunci: Diana Danielle , Farid Kamil
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan