Amira Othman terharu peminat naik motosikal mahu jumpanya - Berita Hiburan | mStar

Amira Othman terharu peminat naik motosikal mahu jumpanya

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2018 6:10 AM

Amira Othman melahirkan rasa terharu terhadap seorang peminat setianya yang sanggup menunggang motosikal dari Kangar ke Arau, Perlis semata-mata bagi bertemu dengannya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pelakon Amira Othman melahirkan rasa terharu terhadap seorang peminat setianya yang sanggup menunggang motosikal dari Kangar ke Arau, Perlis semata-mata untuk bertemu dengannya.

Amira, 25, menerusi InstaStory berkata, dia adakalanya tertanya-tanya sebab peminatnya terlalu baik sehinggakan sanggup bersusah payah semata-mata untuk bertemunya.

"Adik ini datang naik motosikal dari Kangar... Kadang-kadang saya terfikir kenapa baik sangat awak-awak ni semua sanggup bersusah payah untuk jumpa saya," tulisnya.

Amira turut berkongsi fotonya bersama peminat tersebut di InstaStory yang ditemuinya selepas mengadakan persembahan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis pada Selasa.

Amira berkongsi rasa terharunya terhadap peminat.

Jarak antara Kangar ke Arau kira-kira 10 kilometer.

Atas dasar itu juga kata Amira, walaupun ada persembahan dijayakan dia tidak dikehendaki melayan peminat namun dia tetap akan cuba meluangkan masa bagi menghargai sokongan mereka terhadapnya.

Malah kata Amira, dia seboleh-bolehnya mahu bertemu dengan setiap individu yang ingin berjumpa dan bergambar kerana peminat adalah kekuatannya dalam meneruskan karier seni.

"Sebab itu kalau pihak penganjur suruh balik terus tidak perlu entertain peminat, saya takkan sampai hati.

"Saya akan tunggu untuk bergambar supaya korang tahu saya sangat menghargai setiap dari kalian. Saya kalau boleh nak jumpa setiap seorang daripada anda.

Pada saya mereka inilah kekuatan, mereka inilah yang selalu ada. Terima kasih. Moga Allah balas yang baik-baik dunia, akhirat," katanya lagi.

Tags / Kata Kunci: Amira Othman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan