Aiman Tino teruja dicabar lumba kereta - Berita Hiburan | mStar

Aiman Tino teruja dicabar lumba kereta

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2018 6:00 AM

Aiman teruja bakal berlumba kereta di litar antarabangsa, Sepang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aiman Tino meluahkan rasa teruja apabila menerima tawaran untuk menjadi salah seorang selebriti bagi programToyota Gazoo Racing musim kedua.

Aiman, 19, berkata dia berasa tercabar untuk bersaing dengan sembilan orang peserta lain yang sudah mahir dalam bidang perlumbaan.

"Di rumah saya ada kereta manual dan sudah biasa memandu kereta itu. Perlumbaan kereta memang rasa macam mencabar.

"Selain itu, rasa tercabar juga sebab ramai peserta yang sudah mahir. Tapi saya akan cuba yang terbaik untuk bersaing dengan mereka," kata Aiman kepada mStar Online.

Aiman ditemui ketika sidang media memperkenalkan barisan selebriti Toyota Gazoo Racing muzim kedua di APW Bangsar, di sini baru-baru ini.

Barisan selebriti yang akan menjayakan Toyota Gazoo Racing musim kedua.

Tambah penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini, pada mulanya dia tidak mendapat keizinan ibunya untuk menyertai program tersebut.

Namun, ibunya bersetuju selepas Aiman menjelaskan tawaran tersebut adalah peluang untuk dia mencuba sesuatu yang baharu dalam industri seni.

"Pada mulanya, ibu tak bagi saya sertai program itu. Tapi dia okey selepas saya cakap kena cuba sesuatu yang baharu dalam industri.

"Bagi saya, perlumbaan kereta ini memang risiko dan lasak tapi sebab benda ini lain dari bidang saya.

"Tak salah nak mencuba perkara yang lain dari bidang Aiman Tino," ujarnya.

Aiman ingin cuba sesuatu yang lain dari bidang nyanyian.

Selain Aiman, barisan selebriti lain terdiri daripada Akim Ahmad, Khai Bahar, Wany Hasrita, Nabila Razali, Syukri Yahaya, Janna Nick, Datin Diana Danielle dan Nabil Ahmad.

Dalam pada itu, Aiman bakal mengeluarkan single baharu pada hujung tahun ini dengan susunan muzik yang berbeza.

"Saya ada perancangan nak keluarkan lagu baharu. Saya ada berjumpa dengan seorang komposer 'underground'.

"Lagu itu sangat berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini. Akan lari dari imej saya tapi perubahan itu tidaklah terlalu mengejut sangat.

"Semuanya masih dalam perbincangan. Tapi Insya-Allah lagu itu akan dikeluarkan pada hujung tahun ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Aiman Tino
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan