Hanya dua artis... selepas Siti Nurhaliza, Tun M ‘ikut’ Aizat pula - Berita Hiburan | mStar

Hanya dua artis... selepas Siti Nurhaliza, Tun M ‘ikut’ Aizat pula

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2018 11:43 AM

Lagu terbaharu Aizat Amdan adalah nukilan bapanya untuk Tun M.

(Ubah saiz teks)

SEMPENA ulang tahun kelahiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M ke-93 pada Selasa, beliau memuat naik video ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakannya.

Menariknya, video yang dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi Tun M itu berlatarbelakangkan lagu Harapan Menjadi Nyata nyanyian penyanyi Aizat Amdan.

Lagu itu dihasilkan Aizat kat buat Tun M.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa sempena ulangtahun kelahiran saya yang ke 93.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau bapa saya tak sakit, dia mesti ikut Tun M”- Aizat Amdan

Tun M hanya mengikuti lapan akaun Instagram.

"Kredit Muzik Latar : Harapan Jadi Nyata @aizatamdan," tulisnya.

Malah, beliau turut mengikuti akaun Instagram milik penyanyi lagu Jangan Menangis itu.

Ia menjadikan Aizat artis kedua diikuti Tun M selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Seorang lagi individu yang diikuti Tun M menerisi laman sosial itu ialah anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukriz Mahathir.

Video ucapan terima kasih Tun M mengunakan muzik latar lagu terbaharu Aizat Amdan berjudul Harapan Menjadi Nyata.

Menerusi laporan mStar Online pada Selasa, Aizat memberitahu single baharunya itu adalah nukilan bapanya, Datuk Amdan Mat Din kepada Tun M.

Menurut Aizat, bapanya terlalu mengagumi kepimpinan Tun M dan menganggap negarawan itu sebagai idola sejak bergelar Perdana Menteri ke-4 lagi.

Sehingga kini, akaun Instagram Tun M sudah mencecah lebih 1.4 juta pengikut semenjak diwujudkan pada 15 Mac lalu.

Angka pengikut di akaun rasmi beliau meningkat dengan pantas selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya itu pada 9 Mei lalu.

Tags / Kata Kunci: Aizat Amdan , Tun Dr Mahathir Mohamad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan