Kongsi video isteri bersalin... Aliff Aziz jangan buat hal lagi - Berita Hiburan | mStar

Kongsi video isteri bersalin... Aliff Aziz jangan buat hal lagi

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2018 6:50 AM

Ucapan ulang tahun Aliff kepada anak pertamanya.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik video detik manis ketika isterinya Bella Astilallah melahirnya cahaya mata pertama mereka iaitu Ayden Adrean yang kini berusia setahun.

Aliff menerusi posting berkenaan mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka setahun lalu.

"Hari ini tepat 1 tahun lalu, hadiah dari Allah yang merubah hidup saya. Ia hari pertama Ayden di dunia ini. Terima kasih ibu untuk kesakitan dan kesungguhan melahirkan Ayden.

"Selamat hari jadi kepada Ayden Adrean, kamu membawa kebahagian dalam kehidupan dan ayah doakan agar kamu membesar dengan baik dan sihat. Ayah dan ibu sayang kamu.

"Terima kasih Bella atas pengorbanan dan kesabaran dalam setiap jatuh bangun. Semoga Allah sentiasa membimbing kita untuk hidup sejahtera bersama-sama," ujarnya.

Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 26 dan Bella, 23, berkahwin pada 9 September 2016.


Video berdurasi kira-kira satu minit itu mendapat perhatian netizen sehingga kini mencecah lebih satu juta tontonan.

Rata-rata netizen sebak dengan suasana ketika wanita itu selamat melahirkan anak mereka.

Segelintir juga mengucapkan tahniah dan meminta Aliff terus menghargai pergorbanan isterinya itu.

Mereka berharap pelakon Halalkan Hati Yang Kau Curi itu tidak menimbulkan sebarang kontroversi yang melukakan hati isterinya.

"Sakit tau melahirkan anak, hargai penat lelah isteri dan jangan sakiti hatinya lagi," ujar netizen.

Aliff sebelum ini terpalit dengan kontroversi apabila dia 'kantoi' dengan isterinya Bella Astillah ketika bersama pelakon Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke.

Kejadian itu berlaku ketika isterinya itu masih lagi dalam pantang selepas melahirkan anak pertama mereka.

Tags / Kata Kunci: Aliff Aziz
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan