Turut bertikam lidah... Sheeda 'serang' Ifa Raziah di parkir kereta - Berita Hiburan | mStar

Turut bertikam lidah... Sheeda 'serang' Ifa Raziah di parkir kereta

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2018 11:15 PM

Penyanyi dangdut Sheeda mengejutkan peminat apabila memuat naik video memperlihatkan dia sedang bertikam lidah dengan Ifa Raziah di Instagram.

(Ubah saiz teks)

DUNIA hiburan pada malam Selasa dikejutkan dengan sebuah video memperlihatkan dua penyanyi dangdut iaitu Ifa Raziah dan Sheeda bertikam lidah di ruang parkir dipercayai di sebuah pusat beli-belah.

Video berdurasi 43 saat itu dimuat naik oleh Sheeda di Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen pada video itu, Sheeda mendakwa Ifa memburuk-burukkan dirinya kepada pihak lain namun tidak berani bersemuka apabila diminta berbuat demikian.

Penyanyi lagu Angkat Kaki itu menerusi kapsyennya turut melabel Ifa sebagai wanita 'plastik' selain suka mencari pasal dan penipu.

Sheeda memuat naik video pertengkarannya dengan Ifa Raziah di Instagram.

"Bersemuka tak berani pulak, perempuan plastik... Suka buat hal... Kena bagi pengajaran supaya dia insaf.

"Pandai pula ko (kau) lari dan buat-buat tak nampak, belakang aku.

"Semua orang ko canang cerita memburuk-burukkan aku. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut! Penipu! Ini jawapannya," tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi video berkenaan Ifa yang berjalan seorang diri disapa oleh Sheeda yang meminta penyanyi itu bersemuka dengannya.

Sheeda turut dilihat menolak bahu Ifa beberapa kali dan akhirnya bersemuka lalu pertengkaran di antara mereka tercetus sebelum bekas peserta program Gegar Vaganza itu berlalu pergi.

Kedua-dua penyanyi ini bertengkar di parkir kereta.

Sementara itu, usaha mStar Online mendapatkan penjelasan daripada Sheeda berhubung isu itu gagal apabila pengurusnya dikenali sebagai Ayie memaklumkan penyanyi itu mahu bertenang terlebih dahulu.

Manakala Ifa yang dihubungi juga enggan mengulas insiden berkenaan namun memberitahu dia berada di balai polis dipercayai berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada ia pergaduhan sebenar ataupun sekadar gimik mereka sahaja.

Kedua-dua penyanyi berkenaan sebelum itu menghadiri majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke V, di Istana Negara pada petang Selasa.

Lebih 500 penggiat seni pelbagai latar belakang hadir pada majlis berkenaan yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, produser, pereka fesyen, aktivis seni serta usahawan.

Tags / Kata Kunci: Ifa Raziah , Sheeda
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan