“Kereta ini pernah jadi rumah ketika hidup saya bercelaru” - Fadlan Hazim - Berita Hiburan | mStar

“Kereta ini pernah jadi rumah ketika hidup saya bercelaru” - Fadlan Hazim

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2018 12:57 PM

Fadlan jual kereta kesayangan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Fadlan meluahkan rasa sedih apabila terpaksa menjual kereta kesayangannya yang banyak berjasa ketika dia mula menceburi bidang seni.

Fadlan, 26, berkata, kereta jenama Suzuki Aerio itu merupakan kenderaan pertama yang digunakan ketika berusia 18 tahun.

"Hari ini sangat sedih dan sentimental kerana saya terpaksa menjual kereta kesayangan yang banyak berjasa sejak berumur 18 tahun lagi.

"Alasan terpaksa jual sebab kereta ini 'rare' dan alat ganti dah tak wujud lagi di Malaysia," ujarnya pada Isnin.

Today is a very sad day for me dan sangat sentimental sebab kena let go my kereta kesayangan yang dah banyak berjasa since umur 18 lagi, reason terpaksa let go sbb kereta ni ‘rare’ n spare part dia dah tak wujud di tanah air kita(owner kereta rare pasti faham) dan kereta ni dah lama tersadai n macam2 binatang dah bersarang. Anyway kereta ni yg bnyk membantu menggerakkan perjalanan di awal career saya masa mula2 jadi pelakon extra lepastu jadi budak boyband kejap, satu Malaya kereta ni bawak kitorg tour(except sabah sarawak) pernah jadi rumah saya kejap selama beberapa minggu ada satu time tu masa hidupku ini agak terumbang ambing. Macam2 experience go through dengan kereta ni happy, sedih, otak bercelaru, gila2 muda mudi, nervous menggigil dlm kereta sebab nak masuk set, tempat menjana idea dan rehearsal hahaha. I love u so much my black suzuki/batmobile, but today i have to let u go😢💔

A post shared by فضلن هزيم (@fadlanhazim) on

Mengimbau kenangan lalu, pelakon Papa Ricky ini berkata, kereta tersebut digunakan pada awal kerjayanya yang pernah menjadi pelakon tambahan dan ahli sebuah kumpulan muzik suatu masa dahulu.

Tambahnya, kereta itu juga pernah dijadikan sebagai rumah untuk beberapa minggu ketika hidupnya berada dalam keadaan terumbang-ambing.

"Kereta ini yang banyak membantu menggerakkan perjalanan saya di awal kerjaya, mula-mula jadi pelakon tambahan lepas itu jadi budak boyband kejap.

Fadlan turut memuat naik gambar kenangannya ketika menggunakan kereta tersebut.

"Pernah jadi rumah saya selama beberapa minggu kerana ada satu masa tu masa hidup saya ini agak terumbang-ambing.

"Macam-macam pengalaman dengan kereta ni gembira, sedih, otak bercelaru, gila muda-mudi, gementar menggigil dalam kereta sebab nak masuk set, tempat menjana idea dan tempat berlatih," ujarnya.

Fadlan berkata, dia terpaksa menjual kenderaan itu berikutan sudah tidak lagi mampu untuk menanggung kos membaiki yang agak tinggi.

Tags / Kata Kunci: Fadlan Hazim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan