Fizo tukar baju anak 10 kali sehari - Berita Hiburan | mStar

Fizo tukar baju anak 10 kali sehari

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 6:20 AM

Fizo Omar bersama isterinya Mawar dan anak mereka Maryam.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan usahawan Fizo Omar memberitahu dia dan isterinya Mawar menukar hampir 10 helai baju sehari untuk anaknya Wan Maryam yang kini berusia tujuh bulan.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 33, berkata, ia adalah hasil baju terkumpul yang dibeli sejak lima tahun mereka berkahwin.

"Lima tahun lepas masa Daddy dan Mummy bulan madu di Itali teruja sangat nak beli baju bayi, setiap tempat kami pergi benda yang wajib beli adalah baju bayi. Biasalah pasangan yang baru kahwin semuanya teruja nak dapat anak dan selalunya tak tunggu lama nak dapat zuriat.

"Cik Yam (Wan Maryam) tukar baju satu hari sampai lebih 10 kali sebab baju ni kumpul hampir lima tahun dah," ujarnya di Instagram.

Fizo akui beli baju anak sejak awal perkahwinan.

Fizo berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.

Pasangan ini mendapat cahaya mata pada 29 Disember 2017 menerusi rawatan kesuburan.

Sementara itu, Fizo berkata, dia dan isteri tetap yakin membeli baju-baju bayi biarpun ketika itu perkahwinan mereka sudah memasuki tahun keempat.

Fizo berkata, pelbagai rawatan dan ikhtiar diusahakan dalam tempoh itu tanpa rasa putus asa.

"Hari demi hari menunggu sehinggalah masuk tahun ke empat perkahwinan, tak dapat juga zuriat. Macam-macam cara cuba dan ikhtiar.

"Perasaan saya sangat yakin yang satu hari Allah akan izinkan kami untuk berzuriat. Baju bayi tak payah cakap. Yakin je beli dah macam ada anak ramai kat rumah tu.

"Saya tak pernah putus asa atau tertekan dengan soalan "bila nak dapat anak?... doa dan terus berdoa, akhirnya Allah izinkan bila dia tahu kami sudah bersedia untuk jadi ibu bapa," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fizo Omar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan