“Dah la tak bayar hutang, dedah pula foto Yana nampak aurat” - Fadzil Zahari - Berita Hiburan | mStar

“Dah la tak bayar hutang, dedah pula foto Yana nampak aurat” - Fadzil Zahari

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2018 6:36 PM

Fadzil Zahari bersama isterinya Yana Samsudin dan anak mereka, Aisy Mateen. Foto ini dirakamkan pada tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

SUAMI kepada pelakon Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari memberitahu tuntutan hutangnya terhadap seorang pereka fesyen masih belum dapat diselesaikan secara baik.

Sebaliknya, Fadzil berkata, pereka fesyen itu telah memuat naik beberapa foto lama isterinya ketika wanita itu belum berhijab dengan niat tertentu.

“Selepas saya mendedahkan perkara itu kepada umum dia ada menghubungi Yana ingin menyelesaikan hutang itu secara sedikit-sedikit.

“Kami sebenarnya seperti sudah pasrah sahaja dan percaya dia tidak akan membayarnya. Baru-baru ini pula saya dimaklumkan dia ada memuat naik foto-foto Yana di laman sosial ketika tidak bertudung, tapi kemudian dia padam selepas dikecam netizen,” ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Foto terbaharu Fadzil bersama anak kesayanyannya, Aisy Mateen yang kini berusia dua tahun. FOTO: LOW LAY PHON

Fadzil ditemui pada majlis rumah terbuka Empire Film Solution di Finas, Hulu Kelang pada Rabu.

Dia mengulas tentang tindakannya yang sebelum ini meminta pereka fesyen dan pemilik butik terkenal membayar hutang yang dipinjam daripada Yana.

Menerusi posting lalu Fadzil mendakwa, pereka fesyen itu gagal untuk dihubungi bagi menyelesaikan hutang berjumlah RM10,000.

Dalam pada itu, abang kepada aktor Farid Kamil ini berkata, pereka fesyen berkenaan tidak mahu berurusan dengannya.

“Dia hantar mesej kepada Yana dan beritahu tidak suka saya masuk campur dalam hal ini.

“Mana tidaknya, dulu menangis-nangis nak nak pinjam RM30,000 tapi saya tidak benarkan. Yana baik hati bagi juga RM15,000,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Yana Samsudin , Fadzil Zahari
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan