“Saya masih cuba pujuk Shuib” – Siti Sarah - Berita Hiburan | mStar

“Saya masih cuba pujuk Shuib” – Siti Sarah

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2018 6:00 AM

Sarah masih mencuba untuk memujuk suaminya untuk membuat persembahan duet bersama.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Siti Sarah masih mencuba memujuk suaminya, Shuib untuk membuat persembahan duet di acara Siti Sarah Special Showcase yang bakal diadakan pada 6 Julai depan.

Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raissuddin, 34, berkata suaminya berasa gementar untuk membuat persembahan di pentas besar.

"Kalau boleh memang saya nak membuat persembahan duet bersama suami saya. Tapi dia rasa gementar nak menyanyi atas pentas yang besar.

"Bak kata dia, kalau setakat menyanyi biasa-biasa itu boleh la. Sekarang ini, saya masih cuba nak pujuk dia.

"Dia setuju atau tidak, kena tunggu showcase saya yang bakal diadakan pada 6 Julai depan," kata Sarah kepada mStar Online.


Sarah ingin berduet dengan Shuib.

Tambah Sarah, dia berasa gementar selepas lebih 10 tahun tidak beraksi solo dalam persembahan berskala besar.

"Semakin nak dekat, makin rasa gementar sebab selepas lebih 10 tahun saya tak membuat persembahan solo dalam skala yang besar.

"Tapi Insya-Allah, saya akan berikan persembahan yang baik untuk peminat-peminat di acara showcase saya nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Semakin ini turut meluahkan rasa teruja untuk membuat penampilan dengan imej terbaharunya.

"Saya sangat teruja sebab ini kali pertama saya nak tampil di hadapan peminat-peminat dengan imej saya bertudung.

Sarah teruja membuat persembahan dengan imej terbaharu.

"Tak sabar nak tahu macam mana maklum balas daripada mereka," katanya.

Sarah menjanjikan persembahan yang tidak akan dilupakan dan membawa 24 buat lagu dengan menampilkan Faizal Uzir atau Lok U sebagai pengarah muzik.

Dibawakan oleh produk Pinky Pinky, tiket persembahan masih dijual pada harga RM149 (VIP Zone) dan RM129 (Normal Zone) dengan menghubungi talian 017-760 3221 dan 03-7732 0244.

Showcase tersebut akan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang.

Tags / Kata Kunci: Siti Sarah , Shuib
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan