“Bukan kekasih, hanya saudara” - Sufian komen foto mesra dengan wanita - Berita Hiburan | mStar

“Bukan kekasih, hanya saudara” - Sufian komen foto mesra dengan wanita

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2018 11:58 AM

Foto mesra Sufian dan seorang wanita jadi perhatian peminat. Foto Instagram @fracment.

(Ubah saiz teks)

BEBERAPA keping foto mesra penyanyi lagu Di Matamu iaitu Sufian Suhaimi bersama seorang wanita mendapat perhatian netizen.

Foto yang dipercayai dirakam ketika sambuan Hari Raya Aidilfitri itu menjadi bualan hangat netizen yang ingin mengetahui lanjut mengenai gerangan wanita istimewa itu.

Foto yang dimuat naik di Instagram seorang jurugambar itu memperlihatkan Sufian mengayakan baju Melayu berwarna ungu manakala wanita itu mengenakan persalinan baju kurung moden berwarna hitam.

Rata-rata peminat wanita penyanyi itu meninggalkan komen berbaur kecewa dan patah hati melihat gambar mesra mereka selain menjangkakan wanita dikenali sebagai Natasha Asraff itu kekasih baharu Sufian.

Netizen patah hati foto mesra Sufian dengan seorang gadis. - Foto Instagram @fracment.

Ada juga mengecam tindakan penyanyi itu yang beraksi mesra dalam gambar berkenaan selain menganggap ia keterlaluan jika mereka tiada pertalian darah.

Sufian yang dihubungi menjelaskan wanita itu bukan teman wanitanya sebaliknya salah seorang saudara yang turut pulang ke kampung pada hari raya lalu.

"Tidaklah bukan kekasih, saudara. Janganlah patah hati okey!" ujarnya ringkas.

Sebelum ini Sufian pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy namun ikatakan itu putus pada Februari lalu.

Sufian dan Elfira sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: Sufian Suhaimi
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan