“Saiz bukan pengukur…” - Juzzthin - Berita Hiburan | mStar

“Saiz bukan pengukur…” - Juzzthin

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2018 6:30 AM

Juzzthin muncul sebagai hero filem This Is Pilah: The Movie.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI rap Juzzthin berharap kemunculannya sebagai pelakon utama filem This Is Pilah: The Movie dapat memecah streotaip terhadap lelaki bertubuh kecil sepertinya untuk memegang watak hero.

Juzzthin atau Mohamad Nazreen Norzali, 28, berkata, peluang dan kepercayaan diberikan produksi kepadanya menunjukkan industri perfileman semakin terbuka dan bergerak ke hadapan dan bukannya hanya memandang kepada fizikal semata-mata.

"Saya bukan Zul Ariffin atau Shaheizy Sam yang mempunyai rupa paras kacak dan bertubuh sasa tetapi kemunculan saya sebagai pelakon utama filem This Is Pilah: The Movie diharap dapat memecahkan streotaip terhadap pelakon yang bertubuh 'rendang' seperti saya.

"Bukan sahaja bertubuh kecil tetapi harap-harap industri kita dapat meraikan pelbagai saiz dan bentuk dalam memberi peluang sama rata dalam drama atau filem berdasarkan bakat... Saiz bukan pengukur!

"Insya-Allah ia boleh berubah... Kita ke arah Malaysia baru dan boleh buat banyak perkara lebih baik untuk industri," katanya.

Juzzthin masih aktif sebagai penyanyi rap.

Juzzthin ditemui pada majlis tayangan perdana filem arahan Rosdi Md. Dali itu yang diadakan pada Khamis lalu.

This Is Pilah: The Movie membariskan barisan pelakon seperti Kazar, Joey Daud, Ebby Yus dan Zaidatul Iesna Mohd Raus dan penampilan isterimewa, Waris.

Filem itu mengangkat tentang adat Pepatih dengan jalan cerita yang menarik selain menggunakan 100 peratus dialek Negeri Sembilan.

Bercakap mengenai pengalamannya berlakon filem tersebut, Juzzthin berkata, ia tanggungjawab besar kerana sebagai anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan dia membawa harapan keluarga dan masyarakat di negeri itu.

"Gementar itu memang ada sebab memegang peranan utama tetapi pada masa sama saya berbangga kerana dapat melakukan sesuatu untuk negeri kelahiran saya.

"Harap-harap penonton menyukai filem ini seperti mana saya seronok melakonkannya," katanya.

Dalam pada itu, Juzzthin berkata, penglibatannya dalam bidang lakonan bukan bererti dia sudah melupakan bidang muzik yang masih menjadi fokus utamanya.

Malah kata Juzzthin dia bakal melancarkan single terbaharunya selain sedang bekerjasama dengan Waris untuk projek istimewa mereka tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Juzzthin , This Is Pilah: The Movie
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan