Pura-pura tiada duit, Luqman dapat tonton aksi Piala Dunia - Berita Hiburan | mStar

Pura-pura tiada duit, Luqman dapat tonton aksi Piala Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2018 6:40 AM

Luqman kini berada di Rusia.

(Ubah saiz teks)

PELAKON teater Ola Bola Luqman Hafidz bertuah apabila berjaya menonton perlawanan Argentina menentang Croatia  pada aksi Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia pada awal pagi Jumaat.

Luqman, 27, yang berada di negara itu sejak empat hari lalu menceritakan dia mendapat tiket perlawanan itu selepas bebual dengan sekumpulan peminat Argentina ketika menuju ke Stadium Nizhny Novgorod.

"Dalam perjalanan di dalam keretapi jumpa tiga orang Argentina macam biasa sembanglah ringan mulut, kalau tak nanti bosan. Pertengahan perbualan.

Messi: Which gate are you? (Anda di gate mana?).

"Aku: I have no ticket for this game. I come to enjoy the stadium atmosphere and see the festival and maybe there will be a lot of 'ulat tiket’ just like Malaysia, i can buy from them. (Saya tiada tiket untuk perlawanan ini. Saya datang untuk rasai atmosfera di stadium dan mungkin ada ramai ulat tiket seperti di Malaysia, saya boleh beli daripada mereka),” tulisnya pada Jumaat.

Luqman tonton perlawanan Argentina menetang Croatia.

Luqman berkata, kumpulan peminat itu kemudian menawarkan sekeping tiket kepunyaan rakan mereka yang tidak dapat datang menyaksikan perlawanan berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, dia juga menggunakan pengalaman berlakon untuk mendapatkan tiket itu dengan harga yang murah.

"Diorang gelak sambil keluarkan satu tiket dia kata ini adalah tiket bertuah kerana kawan mereka tidak jadi datang sebab terlepas penerbangan.

"Diorang jual dengan harga asal tiket sahaja iaitu 169 USD sahaja. Hati aku melonjak gembira tapi aku tahan menggunakan pengalaman berlakon aku yang tak seberapa, aku pun berlakon, “oh but i only have 3000 Rubbels (RM188)” siap buka wallet mimik muka kesian.

"Duit memang aku asingkan dalam beg sikit, dalam baju sikit, kalau kena curi pun aku masih ada duit,” ujarnya.

Katanya, mereka akhirnya menjual tiket berkenaan dengan harga RM124 sahaja dan meminta dia menyimpan lebihan duit itu untuk makan.

Tags / Kata Kunci: Luqman Hafidz , Piala Dunia 2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan