"Mengapa pendatang tak boleh masak" - Chef Wan soal menteri - Berita Hiburan | mStar

"Mengapa pendatang tak boleh masak" - Chef Wan soal menteri

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2018 1:07 PM

Chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau chef Wan tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang mahu semua pengusaha restoran di negara ini hanya mengambil tukang masak tempatan bermula 1 Julai ini.

(Ubah saiz teks)

CHEF terkenal Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berpendapat tindakan kerajaan mengarahkan semua pengusaha restoran di negara ini hanya mengambil tukang masak tempatan bermula 1 Julai ini sebagai tidak wajar.

Chef Wan menerusi Instagram menyifatkan keputusan itu seolah-olah meletakkan diskriminasi terhadap pendatang asing yang bekerja sebagai tukang masak di negara ini.

"Makanan seperti cinta yang tiada batasan. Ramai chef dari Malaysia yang bekerja di pelbagai bandar di dunia dan melakukan perkara sama.

"Soalan saya kepada menteri, mengapa pendatang ke negara ini tidak boleh memasak masakan Malaysia hanya kerana mereka bukan orang tempatan?

"Kenapa perlu kita mendiskriminasikan mereka? Negara lain tak pula layan bangsa lain seperti penduduk kelas kedua," tulisnya.

Chef Wan meluahkan pandangan di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya tukang masak tempatan diambil bekerja mulai 1 Julai

Pada Khamis, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata semua pengusaha akan diberi masa sehingga hujung tahun ini untuk mematuhi syarat tersebut.

Menurut Kulasegaran, peraturan itu akan mengurangkan kebergantungan restoran tempatan kepada tenaga kerja asing dan bagi memastikan kualiti makanan terjamin.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, keputusan itu tidak akan menjadikan kualiti dan standard makanan akan menjadi lebih baik sebaliknya perlu melihat kelemahan diri sendiri terlebih dahulu.

"Sikap chef Malaysia sebenarnya yang perlukan perubahan besar daripada kita menunding jari pada orang-orang asing ini... Adalah lebih baik kita lihat kelemahan sendiri.

"Jika ada chef yang tidak bagus kita didik mereka, tingkatkan kemahiran mereka.

"Jika ada sifat pengotor ajar la mereka dan sentiasa awasi restoran untuk memenuhi tahap kebersihan dan sebagainya," ujarnya lagi.

Tags / Kata Kunci: Chef Wan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan