'Wanita Besi' papar kisah peribadi Yuna - Berita Hiburan | mStar

'Wanita Besi' papar kisah peribadi Yuna

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2018 6:40 AM

Yuna pernah diminta untuk menukar imej dengan menanggalkan tudungnya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna memberitahu dia berasa malu untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum apabila dia bersetuju melibatkan diri dalam sebuah filem pendek untuk produk Pantene berjudul Wanita Besi.

Yuna atau Yunalis Zarai, 32, bagaimanapun berkata dia bersetuju untuk menceritakan mengenai kisah zaman persekolahan dan pembabitannya dalam bidang seni kerana Wanita Besi menampilkan sisi berbeza dan bukan mengisahkan jalan cerita yang tipikal.

"Jujurnya saya pada mulanya segan nak cerita dan berkongsi kisah peribadi saya tetapi untuk filem pendek ini saya tertarik kerana ia tidak mengisahkan jalan cerita yang tipikal.

"Sebaliknya ia mengangkat kehidupan saya sendiri waktu persekolahan yang suka berangan, menulis lirik selain pernah kena marah dengan guru.

Yuna kongsi kisah peribadi kepada umum menerusi filem pendek, Wanita Besi.

"Kisah ini sangat peribadi buat saya tambahan masa mula-mula menceburkan diri sebagai penyanyi dan pemuzik ada yang mahu tukar imej saya dan meminta saya menanggalkan tudung," katanya kepada mStar Online.

Yuna ditemui ketika pelancaran filem pendek Wanita Besi dan memperkenalkan dia sebagai Duta Pantene Malaysia di Golden Screen Cinema, Mid Valley, di sini pada khamis.

Tambah penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini, selepas menonton hasil akhir filem pendek itu dia tersedar bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan dalaman dan selain perlu yakin dengan diri sendiri.

Yuna.

"Baru saya sedar maksud Wanita Besi itu... Kena cari kekuatan dalaman dan kena yakin dengan diri kita.

"Saya nak jadi diri sendiri tapi yang lebih baik. Jadi, saya tak boleh dengar cakap orang yang salah," ujarnya.

Filem pendek berdurasi selama 5 hingga 10 minit itu akan mula ditayangkan di saluran Youtube Pantene pada 25 Jun ini.

Bercakap mengenai karier muziknya, Yuna memberitahu album terbaharunya sudah hampir 80 peratus siap dan dijangka berada di pasaran pada penghujung tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Yuna , Wanita Besi
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan