“Zaman sekarang mudah jadi penyanyi, senang juga putus asa” - Shiha Zikir - Berita Hiburan | mStar

“Zaman sekarang mudah jadi penyanyi, senang juga putus asa” - Shiha Zikir

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2018 6:40 AM

Shiha Zikir akui turut melalui ujian dan dugaan sepanjang bergelar penyanyi.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Shiha Zikir menganggap zaman teknologi yang serba canggih telah memudahkan seseorang individu bergelar artis, namun juga menjadikan mereka mudah berputus asa.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 29, berkata, setiap kerjaya yang dipilih pastinya mempunyai dugaan yang perlu dilalui untuk kekal bertahan.

"Mungkin zaman sekarang ni mudah sangat untuk seseorang tu untuk bergelar penyanyi. Sebab tu mudah jugak seseorang tu berputus asa.

"Saya percaya,setiap kerjaya yang kita pilih pasti ada dugaan tersendiri. Kalau semua kerjaya tu mudah, pasti semua orang atas muka bumi ni, semuanya berjaya," ujarnya di Instagram.

Penyanyi lagu Jagakan Dia ini berkata, dia juga pernah melalui ujian sepanjang menceburkan diri dalam industri ini.

Berkongsi pengalaman itu, Shiha mendedahkan dia pernah diarahkan pulang daripada set rakaman sebuah program kerana dia bukan artis sepatutnya dipanggil kru produksi.

Shiha beri nasihat kepada penyanyi baharu.

"Sebab saya pun lalui benda macam ini berkali-kali. Kalau ikut kata hati, sudah lama saya berhenti.

"Macam-macam saya hadap, orang salam tak nak tengok muka, kawan-kawan tikam belakang, kena perli, dulu ada rakan-rakan artis cakap “kau sedar tak diri kau tu siapa? kau tak layak ada dalam industri” dan disuruh balik dari studio sebab kru salah panggil artis undangan.

"Tapi saya ni jenis tak putus asa sebab saya tau apa yang saya nak dan saya sedar perjalanan saya untuk sampai ke tahap sekarang ni bukan mudah," ujarnya.

Dalam pada itu, Shiha menasihatkan agar penyanyi baharu lebih menghargai peluang yang sudah diberikan kepada mereka dengan sebaik mungkin.

Ujarnya, setiap teguran yang diberikan perlu diterima dengan lapang dada dan perbaiki kelemahan diri untuk menjadi yang lebih baik.

"Untuk adik-adik yang sudah diberi peluang yang sangat baik, dikurniakan bakat yang sangat bagus,harap dapat kuatkan semangat.

"Ramai yang nak tengok kita jatuh, tapi hanya diri sendiri je yang mampu untuk tolong diri sendiri," ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusli mendedahkan berdepan dengan kemurungan sehingga meluahkan hasrat berhenti menyanyi.

Kemudian, penyanyi As'ad Motawh juga meluahkan hasrat yang sama jika penyanyi Jatuh Bangun itu meneruskan hasrat tersebut.

Tags / Kata Kunci: Shiha Zikir
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan