Dituduh ada masalah 'attitude', ini jawab Haqiem Rusli - Berita Hiburan | mStar

Dituduh ada masalah 'attitude', ini jawab Haqiem Rusli

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2018 12:14 PM

Haqiem Rusli menjawab tuduhan netizen kononnya dia mempunyai sikap dan perangai buruk.

(Ubah saiz teks)

PENDEDAHAN seorang netizen di Twitter yang menyenaraikan sikap dan perangai buruk penyanyi Haqiem Rusli sejak kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) pada Februari lalu mendapat perhatian ramai.

Rata-rata terkejut dengan tuduhan dibuat pengguna twitter tersebut malah peminat setia penyanyi lagu Tergantung Sepi itu menganggap ia adalah bentuk siber buli terhadap Haqiem.

Peminat juga melahirkan kebimbangan terhadap Haqiem memandangkan penyanyi itu baru-baru ini mendedahkan dia mengalami kemurungan sejak awal tahun ini dan berhasrat untuk meninggalkan dunia seni.

Menjawab mengenai tuduhan itu, Haqiem bagaimanapun mengakui sebagai manusia biasa dia juga tidak terlepas daripad melakukan kesilapan namun mempersoalkan adakah kesalahannya terlalu besar sehingga dia dihukum sedemikian.

Haqiem mengakui sebagai manusia biasa dia juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Derita kemurungan, Haqiem Rusli mahu bersara sebagai penyanyi

Jelasnya, dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata makian terhadap peminat dan berharap serangan terhadapnya dapat dihentikan.

"Ya, tentang sikap saya mungkin adalah silap saya tapi besar sangat ke salah saya?

"Tak pernah saya maki peminat saya, tak pernah saya maki siapa yang hentam saya tapi tak bermakna saya tak buat salah, ada salah saya.

Haqiem akan memberitahu sama ada dia akan bersara atau pun tidak daripada dunia seni pada Julai. 

"Cuma terkilan dengan netizen yang menghina, cukuplah ok. We cool!," tulisnya.

Tambahnya lagi, dia tidak menyimpan dendam dan percaya semua perkara yang berlaku akan berlalu.

"Jangan berdendam dan saling membenci. Tembak mereka dengan kebaikan. Semuanya akan baik-baik sahaja," tulisnya lagi.

Mengulas mengenai individu yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya, Haqiem berkata, dia mungkin ada membuat kesalahan terhadap lelaki tersebut sehinggakan dia terlalu marah kepadanya.

Kritikan yang diterima Haqiem daripada netizen.

Kata Haqiem dia memaafkan perbuatan individu itu malah bersedia untuk bertemu dengannya bagi memperbetulkan salah faham yang berlaku.

"Bukan nak bergaduh... kita selesai cara baik. Boleh borak-borak dan mana tahu dari benci boleh jadi sahabat.

Sikit pun tak ambil hati tentang teguran anda sebab dah lali kena hentam.

"Tapi nasihat saya dunia ini sementara, kenapa perlu membenci kalau boleh berbaik dan mana tahu boleh jadi sahabat," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Haqiem Rusli
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan